Image 1

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd and Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad will be the main sponsors of the Muar City Badminton Club in the upcoming Malaysia Badminton Purple League for 2015/16 season.

As part of its ‘Good Company’ initiative Tokio Marine Malaysia believes in developing young Malaysians in sports and the sponsorship provides opportunity for Muar City BC to scout young talents and develop them into future world class badminton players.

Both parties held a simple ceremony in Kuala Lumpur to seal the partnership where Muar City BC introduced some players who will be competing in the league.

Tokio Marine Malaysia contributes to the creation of a safe, secure and sustainable society by continuously raising its corporate value and by becoming a ‘Good Company’, trusted by customers and local communities. For this purpose, Tokio Marine Malaysia undertakes various corporate social responsibility programs with the society.

Tokio Marine Malaysia chooses to partner with Muar City BC as it shares the Club’s vision in its efforts to promote and develop badminton in Malaysia, with the ultimate aim of making Malaysia regain its place as a powerhouse in the world badminton arena.

(The Club emerged as the champion for the inaugural Malaysia Badminton Purple League in 2014/15 season. To date, Muar City BC has successfully groomed and recruited players locally and internationally such as Korea, Scotland, Sweden, Japan, Taiwan, Thailand and Indonesia)

“Muar City BC is honoured to have Tokio Marine Malaysia, which is a renowned international brand as our main sponsor. It will certainly boost the morale and image of the Club as we believe in their “Good Company” philosophy. Their 136-year history is a strong testament of how they have contributed to the development of society by acting as a good corporate citizen.  We appreciate their sponsorship and with the combined Tokio Marine Malaysia’s support and that of our new professional management team, we are confident that our vision and mission will be attained in the near future,” said Anthony Lim, Chief Executive Officer of Muar City BC.

The Malaysia Purple League is developed to provide a platform for many young badminton talents in Malaysia who are hungry for opportunities and exposure to showcase their hidden talents.

This platform provides opportunities for the  private sector to be involved and support the badminton sports with the mission to transform Malaysia to become a strong country in the game.

Tokio Marine Malaysia’s sponsorship in the Malaysia Purple League will help to reinforce its rebranding under “Tokio Marine Insurance Group” due to the tremendous brand exposure as the badminton matches will be broadcasted by Astro.

The ASTRO Arena and ASTRO SuperSport LIVE channels is expected to provide coverage to audience in 10 countries for the entire 55 matches, held from November 2015 till January 2016.

Tokio Marine Insurance Group in Malaysia consists of Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad and Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd, which are member companies of Tokio Marine Holdings, Inc. in Japan. Tokio Marine has more than 135 years history, being the oldest and one of the largest insurance group in Japan.

 

About Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd has over 65 years of presence in Malaysia and is financially strong with total assets of RM7.0 billion* as well as RM6.9 billion* life insurance funds. Today, Tokio Marine Life is a member of Tokio Marine Holdings, Inc. in Japan with more than 17,000 employees, 46,000 agents and operates in 456 cities and 37 countries worldwide. It is Japan’s oldest and one of the largest insurance groups, with over USD170 billion in assets and USD25.5 billion of net written premiums as of 31 March 2015.**

The core company of Tokio Marine Group, Tokio Marine & Nichido Fire has a credit rating? of AA- by Standard & Poor’s, Aa3 by Moody’s and A++ by A.M. Best.

* As of 31 December 2014

** As of 31 March 2015 based on the exchange rate from Bank Negara Malaysia

?As of 11 June 2015

Image 4

Image 3

 

TOKIO MARINE MALAYSIA MENAJA KELAB BADMINTON BANDAR MUAR DALAM LIGA UNGU MALAYSIA 2015/2016

 

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd dan Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad akan menjadi penaja utama Kelab Badminton Bandar Muar dalam Liga Ungu Badminton Malaysia musim 2015/2016.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Syarikat Baik’, Tokio Marine Malaysia percaya dalam membangunkan generasi muda Malaysia dalam sukan dan penajaan ini memberi peluang kepada Kelab Badminton Bandar Muar untuk  mencungkil bakat-bakat muda dan membentuk mereka menjadi pemain badminton bertaraf dunia pada masa hadapan.

Kedua-dua belah pihak telah mengadakan satu majlis ringkas di Kuala Lumpur untuk memeterai perkongsian itu yang mana Kelab Badminton Bandar Muar  memperkenalkan beberapa pemain yang akan bersaing dalam liga tersebut.

Tokio Marine Malaysia menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang selamat, terjamin dan mampan dengan meningkatkan nilai korporat secara berterusan dan dengan menjadi ‘Syarikat Baik’, dipercayai oleh pelanggan dan masyarakat setempat. Bagi tujuan ini, Tokio Marine Malaysia menjalankan pelbagai program tanggungjawab sosial  korporat dengan masyarakat.

Tokio Marine Malaysia memilih untuk bekerjasama dengan Kelab Badminton Bandar Muar kerana Kelab ini mempunyai visi yang sama dalam usaha mereka untuk menggalakkan dan membangunkan sukan badminton di Malaysia, dengan matlamat untuk mendapatkan semula tempat Malaysia sebagai kuasa besar dalam arena badminton dunia.

(Kelab ini muncul sebagai johan bagi Liga Ungu Badminton Malaysia yang julung kali diadakan pada musim 2014/15. Sehingga kini, Kelab Badminton Bandar Muar telah berjaya melatih dan merekrut pemain dari dalam dan luar negara seperti Korea, Scotland, Sweden, Jepun, Taiwan, Thailand dan Indonesia.)

“Kelab Badminton Bandar Muar berbesar hati mempunyai Tokio Marine Malaysia, yang merupakan jenama terkenal antarabangsa sebagai penaja utama kami. Ini sudah tentunya akan meningkatkan semangat dan imej Kelab kerana kami percaya pada falsafah “Syarikat Baik” mereka. Sejarah mereka sepanjang 136 tahun merupakan bukti yang kukuh bahawa mereka telah menyumbang kepada pembangunan masyarakat dengan bertindak sebagai warga korporat yang baik. Kami menghargai penajaan mereka dan dengan gabungan sokongan Tokio Marine Malaysia dan pasukan pengurusan profesional kami yang baharu, kami yakin bahawa visi dan misi kami akan tercapai dalam masa terdekat,”kata Anthony Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Badminton Bandar Muar.

Liga Ungu Malaysia dibangunkan bagi menyediakan platform untuk banyak bakat muda badminton di Malaysia yang dahagakan peluang dan pendedahan untuk mempamerkan bakat tersembunyi mereka. Platform ini memberi peluang kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dan menyokong sukan badminton dengan misi untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang kuat dalam sukan badminton.

Penajaan Tokio Marine Malaysia dalam Liga Ungu Malaysia akan membantu untuk mengukuhkan penjenamaan semula di bawah “Tokio Marine Insurance Group” dengan pendedahan jenama yang amat besar lantaran perlawanan badminton tersebut akan disiarkan oleh Astro.

Saluran ASTRO Arena dan ASTRO SuperSport LIVE dijangka menyediakan liputan kepada penonton di 10 buah negara bagi keseluruhan 55 perlawanan, diadakan dari November 2015 hingga Januari 2016.

Tokio Marine Insurance Group di Malaysia terdiri daripada Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad dan Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd, yang merupakan syarikat anggota Tokio Marine Holdings, Inc di Jepun.

Tokio Marine mempunyai sejarah lebih daripada 135 tahun, yang tertua dan salah satu kumpulan insurans terbesar di Jepun.

 

Mengenai Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd.

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd telah bertapak lebih 65 tahun di Malaysia dan mempunyai kewangan yang kukuh dengan jumlah aset sebanyak RM7.0 billion* sertaRM6.9 billion* dalam dana insurans hayat. Kini, Tokio Marine Life ialah ahli Tokio Marine Group di Jepun yang mempunyai lebih 17,000 kakitangan, 46,000 ejen dan beroperasi di 456 bandar di lebih 37 negara di seluruh dunia. Tokio Marine merupakan kumpulan insurans tertua dan terbesar, dengan lebih USD170 billion dalam bentuk aset dan USD25.5 billion premium bertulis bersih setakat 31 Mac 2015.**

Syarikat induk Tokio Marine Group, Tokio Marine & Nichido Fire mempunyai penilaiankredit? AA- oleh Standard & Poor’s, Aa3 oleh Moody’s dan A++ oleh A.M. Best.

* Setakat 31 Disember 2014

** Setakat 31 Mac 2015 berdasarkan kadar tukaran matawang Bank Negara Malaysia.

+ Setakat 11 Jun 2015

- Advertisement -