UFC® organisasi terunggul sukan tempur seni mempertahankan diri campuran (mixed martial arts) dan TikTok hari ini mengumumkan satu kerjasama baru yang akan melihat UFC menghasilkan kandungan ‘live’ dalam platform sosial media yang sedang berkembang dengan pesat ketika ini.

Kolaborasi terbaru ini akan menyaksikan UFC dan TikTok menghasilkan program mingguan di TikTok yang akan menonjolkan pengiraan berat dan sidang media, temurarah atlit, lawatan arena, latihan pesaing dan banyak lagi.

Setiap program akan dilakukan sekitar acara UFC untuk memberi peminat cara yang unik untuk merasai kehangatan UFC di TikTok.

UFC dan TikTok akan berkerjasama untuk mengedar beratus kandungan setahun melalui saluran UFC di TikTok termasuk @UFC, @UFCRussia, @UFCBrasil, and @UFCEurope yang mempunyai jumlah lebih tujuh juta pengikut di saluran-saluran tersebut.

Untuk menyokong kerjasama ini, UFC akan menyediakan tenaga kerja tetap on menghasilkan kandungan VOD untuk @UFC di TikTok dan akan berhubung terus dengan pasukan TikTok untuk membina komuniti global UFC di TikTok.

Ini merupakan kerjasama pertama dalam sejarah yang dicipta bersama oleh TikTok dan satu entiti sukan.

“Kami amat teruja untuk mendalami kerjasama dengan UFC dan melancarkan seri kandungan live yang eksklusif untuk komuniti TikTok,” kata Harish Sarma, Direktor, Perkongsian Strategik Global, Amerika dan Oceania, TikTok.

“Lebih-lebih lagi sekarang peminat sukan amat mementingkan momen di sebalik pertandingan yang tidak dapat dilalui kerana mereka tidak dapat menghadiri acara. Kami amat teruja untuk membawa aksi dan kerancakan UFC di dalam dan luar Octagon ke dalam TikTok.”

“Kerjasama ini merupakan satu penambahn istimewa kepada ekosistem pengedaran kandungan UFC,” kata David Shaw, UFC Naib Presiden Kanan Antarabangsa dan Kandungan.

“Kita mahu berada di mana sahaja peminat kami akan melihat kandungan dan TikTok terus menjadi ketua dalam mencapai penonton global yang berbeza. Kolaborasi ini adalah cara yang amat baik untuk meningkatkan kesedaran terhadap acara utama kami disamping memberi kandungan menarik 24/7 kepada para peminat..”

ABU DHABI, UNITED ARAB EMIRATES – OCTOBER 25: (R-L) Khabib Nurmagomedov of Russia takes down Justin Gaethje in their lightweight title bout during the UFC 254 event on October 25, 2020 on UFC Fight Island, Abu Dhabi, United Arab Emirates. (Photo by Josh Hedges/Zuffa LLC via Getty Images)

Secara rasmi, UFC dan TikTok akan memulakan kerjasama ini pada minggu ini sekitar UFC FIGHT NIGHT®: BLAYDES vs. LEWIS yang akan disiarkan di Asia pada Ahad Februari 21, terus dari UFC APEX di Las Vegas. Pastikan anda melayari @UFC di TikTok LIVE hujung minggu ini untuk melihat aksi-aksi menarik dari acara ini.

TikTok merupakan antara platform media social yang berkembang paling pesat dengan lebih 100 juta pengguna di U.S. Dengan lebih daripada tujuh juga pengikut di saluran-saluran rasmi, UFC telah menjadi antara entiti sukan yang berkembang laju di TikTok. Video menggunakan #UF telah dilihat lebih dari lapan bilion kali sejak 2019.

- Advertisement -