Pelumbaan rintangan paling mencabar di dunia, Spartan Race bakal berlangsung Mac depan di Vietnam.
Penganjur Spartan Race mengumumkan perlumbaan itu dijadualkan pada 6 Mac 2021 di Hung Kings Memorial Park, Saigon.
Perlumbaan itui akan dibahagikan kepada tiga kategori; kategori elit, kategori kumpulan khusus mengikut umur (bagi pelumba berumur 14 tahun ke atas); serta kategori terbuka.
Pihak pengajur menyatakan pihaknya menjangka bakal menarik 1,000 peserta.
Spartan Race, dimana peserta perlumbaan harus mengharungi medan lasak sejauh 5km besertakan 20 jenis halangan sepatutnya berlangsung pada 15 Februari tahun lepas telah ditunda sebanyak 2 kali kepada 16 Mei dan 26 September 2020 sebelum tarikh baharu susulan penularan wabak Covid-19.
Sejak pertama kali ia diadakan pada 2007, perlumbaan ini telah dianjurkan di 42 negara seluruh dunia. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -