Bekas pemain kebangsaan, Vanessa Ng Po Lyn pulang hampa selepas gagal melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Final di Seremban pada Khamis.

“Saya kecewa dengan diri sendiri kerana mensasarkan separuh akhir tetapi saya agak gugup. Ianya merupakan persembahan yang mengecewakan kerana saya mampu bermain dengan lebih baik,”kata Vanessa yang juga pilihan ketiga selepas tewas kepada wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Oh Jia Qi.

“Agak pedih untuk menerima hakikat tewas kepada pemain junior ketika masih di BAM. Saya bermain dalam tekanan ketika beraksi di depan penyokong sendiri,”kata Vanessa lagi.

Bagi Jia Qi, beliau mahu memberi tumpuan satu perlawanan demi satu perlawanan. Beliau bakal berdepan wakil Selangor, Lim Qi Ling di pusingan kedua yang berjaya mengatasi cabaran pemain Johor, Teoh Ju Kee dengan keputusan 21-17, 21–16.

“Sudah tentu saya gembira dapat menewaskan senior ketika di BAM. Ianya permulaan yang baik bagi menambah keyakinan dan berharap untuk mara sejau yang mungkin,”kata Jia Qi.

Dalam pada itu, juara bertahan, Arena Satu Samin dari Sabah bermula dengan langkah kanan selepas menundukkan wakil Kuala Lumpur, Amanda Yap Hwa Leng straight set 21-9, 21-11 sekaligus bakal berdepan wakil BAM, Tan Sheng Thing di pusingan kedua.

Seorang lagi wakil BAM yang diletak selaku pilihan kedua, Joanne Ng May Yin turut mara ke pusingan kedua selepas menang ke atas Hoe Shi Yun dari Johor 21-15, 21-16 dan bakal berdepan pemain Selangor, Sik Xiao Hui yang menang 21-14, 21-12 ke atas Tan Mei Xin (P Pinang) untuk memburu slot ke suku akhir

Kem Negeri Sembilan sekali lagi kecewa apabila perseorangan lelaki B16, Sie Jie Lok tewas 18-21, 21-19-, 6-21 di pusingan pertama ke atas wakil BAM, V. Poopathi

Sementara pilihan kedua, dari BAM, Ong Zhen Yi langkah kanan selepas menang 21-10, 21-10 ke atas pemain Melaka, Teo Jie Sern.

Lain lain perlawanan, Justin Hoh Shou Wei dari BAM hanya memerlukan 20 minit untuk menang ke atas wakil Kedah, Faris Amrin Roslan 21-7, 21-9. Justin’s second-round opponent is Ong Sheng Khai (KUL) – 21-18, 23-21 winner over Selangor’s Kenny Khew Han Yang.

- Advertisement -