AJFC2

Hari ini bermulalah perjalanan empat hari yang tidak dapat dilupakan bagi lapan orang pemenang edisi Malaysia bagi Kem Bola Sepak Allianz Junior 2015 di Bali, Indonesia yang akan berlangsung mulai hari ini hingga 31 Julai 2015.

Syed Mubarak Bin Sayed Yahaya, Yuganes A/L Ganassan, Muhammad Hadi Bin Mizei @ Termizi, Muhammad Iqmal Hafizi B. Muhammad Sazli, Muhammad Najimirul Hakim Bin Abd Halit, Furqan Bin Azri, Muhammad Syukri Bin Mohamad dan Muhammad Syuaib Bin Mohamad; berumur antara 15 hingga 16 tahun, telah bertolak ke Bali, Indonesia awal pagi ini.

Mereka begitu teruja untuk menjadi sebahagian daripada kem ini dengan beberapa orang antara mereka menyatakan bahawa setakat ini hanya Allianz telah mempromosikan bola sepak di sekolah mereka. Para peserta telah diiringi oleh wakil dari Allianz Malaysia yang akan menjaga keperluan mereka semasa mereka berada di Bali.

“Kem-kem di Munich dan Bali bukan sahaja memberi inspirasi dan mengasah bakat anak-anak muda ini, tetapi juga memberi mereka kefahaman tentang dunia profesional bola sepak. Mereka turut menyaksikan pertukaran budaya antara bangsa yang berbeza. Mereka bukan sahaja dapat belajar tetapi juga menikmati pengalaman di kem ini,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad.

Peserta-peserta dari Malaysia merupakan antara 32 orang remaja yang berumur antara 14 dan 16 tahun dari Taiwan, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand yang telah dipilih dari negara masing-masing untuk pengalaman sekali seumur hidup ini, Kem Asia akan diketuai oleh jurulatih FC Bayern Munich, Timon Pauls yang akan ke Bali khas buat kem ini.

Pada hari pertama ketibaan, para peserta akan menyertai latihan mudah dan capoeira di pantai di mana mereka akan menikmati makan malam yang disediakan khas untuk mereka di hotel. Hari berikutnya penuh dengan sesi latihan yang akan diadakan di Kelab Canggu, diikuti dengan sesi membeli-belah cenderamata dan makan malam di luar. Pada waktu malam pula, peserta akan mempunyai aktiviti bersama.

Keesokan harinya yang penuh dengan sesi latihan serta kelas My Finance Coach untuk peserta-peserta. Kelas My Finance Coach adalah program celik kewangan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan wang di kalangan orang muda. Program Celik Kewangan disepadukan di kem ini untuk membina kesedaran di kalangan remaja untuk menguruskan wang mereka di peringkat awal kerana mereka mempunyai impian untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional pada masa akan datang.

Pada hari terakhir, hadiah akan diberikan kepada pasukan yang menang perlawanan yang diadakan pada hari sebelumnya. Di samping itu, mereka akan mempunyai peluang untuk dipilih sebagai pemenang Wildcard untuk menjadi sebahagian daripada Kem Bola Sepak Junior Allianz di Munich berlangsung dari 13 hingga18 Ogos 2015.

Bakat-bakat muda ini adalah antara 56 pasukan dan 672 peserta yang menyertai AJFC ini 2015 Liga Malaysia yang telah bermula pada 11 April 2015 di tiga lokasi yang berbeza; Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan EduCity, Johor. 16 pasukan dari Selangor dan 20 pasukan masing-masing dari Pulau Pinang dan Johor adalah sebahagian daripada Liga yang telah diadakan selama enam minggu sehingga 23 Mei 2015.

Dari sini, empat pasukan dari Selangor dan enam pasukan masing-masing dari Pulau Pinang dan Johor layak ke Peringkat Akhir di mana para pemenang telah dipilih. Lapan orang peserta ini adalah daripada pasukan yang layak ke Peringkat Akhir dan telah dipilih oleh panel jurulatih profesional. Mereka merupakan antara 11 peserta yang telah dipilih bersama tiga pemain teratas yang akan ke Munich, Jerman pada 13 Ogos 2015 selama enam hari untuk Kem Bola Sepak Allianz Junior 2015 di sana.

 

Eight young football talents leave to Bali, Indonesia for the Asian edition of the 2015 Allianz Junior Football Camp

Today marked the start of a four-day unforgettable trip for the eight winners of the Malaysian edition of the Allianz Junior Football Camp (“AJFC”) as they were selected to join the Asian Camp in Bali, Indonesia which will be held from today until 31 July 2015.

Syed Mubarak Bin Sayed Yahaya, Yuganes A/L Ganassan, Muhammad Hadi Bin Mizei @ Termizi, Muhammad Iqmal Hafizi B. Muhammad Sazli, Muhammad Najimirul Hakim Bin Abd Halit, Furqan Bin Azri, Muhammad Syukri Bin Mohamad and Muhammad Syuaib Bin Mohamad; aged between 15 and 16-years-old, left to Bali, Indonesia early this morning.

The teenagers were excited to be a part of this camp with some mentioning that so far only Allianz has been promoting football in their school. These young talents were accompanied by a chaperone from Allianz Malaysia who would take care of their needs while they are in Bali.

“The Asian Camp in Bali, just like the one in Munich will not only inspire and develop the boys’ talent, but will also provide them an insight into the professional world of football. They will also experience the intercultural exchange between the different nationalities. These boys will not only learn but also enjoy themselves at the camp,” said Zakri Khir, CEO of Allianz Malaysia Berhad.

These Malaysian boys will be among 32 teenagers aged between 14 and 16 from Taiwan Indonesia, South Korea and Thailand who were selected from their respective countries to experience a once-in-a-lifetime football adventure. This Asian Camp will be lead by FC Bayern Munich coach, Timon Pauls who will travel to Bali especially for this.

On the first day of arrival, the teenagers will enjoy easy exercises and capoeira at the beach where they will then proceed to a sumptuous welcome dinner spread prepared for them at the hotel. The following day is a full day with training sessions to be held at the Canggu Club, followed by souvenir shopping and dinner at the outdoor market. Later that night, the teenagers will have joint activities.

The next day will be a full day with training sessions as well as a My Finance Coach class for these teenagers. The My Finance Coach class is a financial literacy programme aimed at improving the money management skills of young people.

This Financial Literacy programme is integrated at this camp to build the awareness of these teenagers about how to manage their money at the early stage as these teenagers dream of becoming a professional football player in the future.

On the final day,  prizes will be given to the winning team of the tournament held the day before.  In addition to this, they will have the chance to be selected as a Wildcard winner to be part of the Allianz Junior Football Camp in Munich taking place from 13 to 18 August 2015.

These young talents were among the 56 teams and 672 players who joined AJFC’s 2015 Malaysia League since it kicked off on 11 April 2015 at three different locations; Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Universiti Sains Malaysia, Penang and EduCity, Johor.

16 teams from Selangor and 20 teams each from Penang and Johor were part of the League which was held over six weeks until 23 May 2015. From here, four teams from Selangor and six teams each from Penang and Johor qualified to the National Finals where the winners were selected.

These eight boys were part of the teams that qualified for the National Finals and were independently selected by a panel of professional coaches. They were among the 11 boys who were selected where the other top three winners will leave for Munich, Germany on 13 August 2015 for a six day stint under the 2015 Allianz Junior Football Camp there.

- Advertisement -