KONTINJEN dan atlet negara mendapat suntikan semangat dan kata-kata peransang daripada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sempena perasmian bangunan Pusat Pameran Perdagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) yang menjadi kluster utama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 minggu depan.

Sembilan hari menjelang pembukaan KL2017, MITEC, yang menjadi hos bagi lapan sukan KL2017, diserahkan oleh NAZA Group kepada Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa pada Selasa (8 Ogos 2017).

MITEC merupakan salah? satu daripada tiga cluster utama bagi temasya Sukan SEA kelak.

?Kluster utama lain termasuk Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil da Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selain venue-venue berasingan lain di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Langkawi, Negeri Sembilan dan Terengganu.?

Pengerusi Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi N?aza Group SM Nasimuddin SM Nasaruddin menyerahkan mercu terbaru negara itu kepada Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa Datuk Sri Mustapha Mohamad pada majlis berkenaan.

Secara keseluruhan, MITEC bakal “meriah” dengan saingan merebut 53 emas dalam lapan sukan sepanjang KL2017 nanti.

? Lapan sukan KL2017 yang bakal dipentaskan di MITEC nanti termasuk lawan pedang, gymnastik berirama dan gimnastik artistik, tinju, hoki dalam dewan, muay, ping pong, bola tampar dan angkat berat.

KL2017 merupakan acara pertama dan terbesar bakal berlangsung di bagunan MITEC yang bernilai M600 juta yang juga menempatkan Pusat Media Utama (MPC) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) yang menggabungkan jumlah lebih 2,000 wakil media dari rantau Asia Tenggara.

Semua pihak termasuk Perdana Menteri nyata teruja menanti bermula Sukan SEA yang bakal menampilkan juara-juara serantau dan tuan rumah.

“Kita akan saksikan atlet berpotensi meraih emas dari venue di MITEC ini seperti pemain ping pong Ng Sock Khim, skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita, Farah Ann Abdul Hadi dan Tan Ing Yueh (gimnastik) dan lain-lain,” kata Perdana Menteri lagi meluangkan masa bersama meninjau sesi latihan dan beramah mesra dengan para gimnas negara di venue pertandingan di Dewan 10.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Gimnastik menawarkan emas paling banyak di MITEC iaitu 12 dalam gimnastik artistik dan 8 menenrusi gimnastik berirama.

Lain lain sukan termasuk tinju (6 emas), lawan pedang (6), gimnastik artistic (12), gimnastik berirama (8), hoki dalam dewan (2), ping pong (7), bola tampar (2) dan angkat berat (2).

- Advertisement -