Don't Miss

Perang psikologi Kumpulan A ‘bermula’

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/08/perang-psikologi-kumpulan-bermula">
Twitter
Pinterest


Perlawanan bola sepak antara dua acara terawal selain bola jaring yang akan membuka tirai di temasya Sukan SEA 2017 esok .

Lima ketua jurulatih daripada kumpulan A iaitu, Malaysia, Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei ketika di sidang media pra – perlawanan secara keseluruhannya melihat peluang buat kumpulan ini adalah seimbang secara keseluruhannya.

Pengendali skuad bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menjangkakan saingan yang sengit dan kesemua pasukan tidak rela melepaskan mata dis etiap perlawanan.

Malaysia akan berdepan Brunei dalam aksi pembukaan kumpulan A  esok, jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam, Selangor.

” Persiapan kami berjalan dengan sangat lancar dan saya percaya bukan sahaja Malaysia tetapi semua pasukan yang bertanding untuk Sukan SEA mahukan kemenangan untuk membawa pulang pingat ke negara masing-masing “.

” Kami tidak memikirkan tentang pusingan separuh akhir mahupun pingat emas tetapi kami lebih pentingkan tentang peringkat berkumpulan. Kami perlu fokus untuk setiap perlawanan ,”Kata Kim Swee.

Bagi Ketua Jurulatih dari Singapura, Richard Tardy,  penyertaan di temasya edisi ke 29 ini lebih bersifat pendedahan kerana hampir lima puluh peratus daripada anak didiknya berumur bawah 20 tahun.

Dalam pada itu, pemenang pingat perak dua tahun lalu, Myanmar pula tampak optimis untuk melakar sesuatu pada tahun ini.

Keyakinan semakin tinggi di dalam skuad kendalian Gerd Zeise susulan kejayaan menewaskan Brunei dan Singapura ketika aksi kelayakan Kejuaraan AFC 2018 pada bulan lalu.

“Kami menjangkakan Malaysia akan menjadi pasukan pilihan, dan pasukan ini berharap akan bertemu mereka di pusingan separuh akhir nanti,”kata Gerd Zeise.

Meskipun dilabel sebagai pasukan under dog, Laos dan Brunei tidak mahu pulang dengan kehampaan.

Pengendali Brunei, Kwon Oh Son mengharapkan latihan intensif sejak awal tahun akan membuahkan hasil yang berbaloi.

” Pasukan kami telah memulakan latihan sejak Januari lagi dan saya percaya mereka semua dahagakan kemenangan di Sukan SEA kali ini “, jelas jurulatih Brunei tersebut.

Ketua jurulatih Laos, Mike Wong berkata, skuadnya akan cuba untuk memberikan yang terbaik dan bersaing secara sihat di KL2017. Oleh NUR HAZWANI MOHD JEMAIN

Please follow and like us:
0