Don't Miss

Syafiq hairan tindakan Kim Swee

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/12/syafiq-hairan-tindakan-kim-swee">
Twitter
Pinterest

Penyerang Kedah, Syafiq Ahmad hairan dengan tindakan Dato’ Ong Kim Swee menggugurkannya dari skuad B-22 kebangsaan yang sedang menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China, bulan depan.

Syafiq digugurkan Kim Swee setelah pemain itu gagal melaporkan diri ke kem latihan pusat yang sudahpun bermula sejak 27 November lalu namun pemain itu menjelaskan ianya Kim Swee sendiri yang memberi kebenaran untuk dia melapor diri pada 7 Disember sebagai memberi ruang kepadanya menyelesaikan urusan perkahwinan. 

“Sebaik berakhir majlis di pihak pengantin perempuan pada 26 November, saya ada hubungi jurulatih untuk memohon cuti bagi uruskan majlis di pihak saya pada 3 Disember. Jadi beliau sendiri yang memberi saya cuti sehingga 6 Disember dan mahu saya laporkan diri pada 7 Disember.

“Saya juga telah mematuhi semua arahan jurulatih dan mengikut prosedur memohon cuti secara rasmi seperti mana diminta oleh pegawai FAM, ianya diluluskan (sehingga 6 Disember). Saya memang begitu teruja untuk melaporkan diri dan sudah dalam mood bersedia ke Kuala Lumpur, tetapi tiba-tiba dapat surat kata saya digugurkan.

“Memang terkejut digugurkan, sebab saya tiada masalah disiplin atau melanggar peraturan. Jika mereka mahu saya lapor diri lebih awal, mereka boleh maklumkan pada saya, sudah tentu saya boleh berbuat demikian kerana memang menjadi impian saya untuk bermain di China, saya sudah terbabit dengan pasukan ini sejak awal,” kata Syafiq.

Syafiq yang mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya, Nor Amalina Norain pada 23 November lalu bagaimanapun berkata dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan mengalihkan fokus mempersiapkan diri bagi menghadapi saingan musim baru Liga Malaysia.

Kim Swee membuat keputusan menggugurkan Syafiq yang juga anggota skuad pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada 5 Disember (Selasa) kerana menurutnya pasukan sudah menjalani latihan selama 10 hari dan jika Syafiq menyertai latihan sekalipun, dia tidak akan berada pada tahap kecergasan terbaik.

Tanpa Syafiq, skuad B-22 negara masih mempunyai enam pemain lain yang boleh beraksi sebagai penyerang iaitu Jaffri Firdaus Chew, N.Thanabalan, Safawi Rasid, Sean Eugene Selvaraj, rakan sepasukan dari Kedah Akhyar Rashid dan pemain muda JDT II, Hadi Fayyadh Abdul Razak.OLEH MUHD AIMAN 

 

Please follow and like us:
0