SEMASHUR buru Juara berganda, pengalaman taruhan MCKK

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/05/semashur-buru-kejuaraan-berganda-pengalaman-taruhan-mckk">
Twitter
Pinterest

Selepas muncul juara liga kejohanan ragbi Super Schools 15s 2018, Sekolah Menengah Hulu Selangor (SEMASHUR) tidak mahu melepaskan peluang untuk memburu trofi kedua apabila bakal beraksi di pentas final Trofi Cabaran Pengerusi Malaysia Airports Ahad ini.

SEMASHUR bakal berdepan satu lagi finalis, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Tanjung Malim dalam misi menjulang trofi pertama selepas empat kali mencuba.

SEMASHUR tampak berdepan tugas sukar kerana mereka tewas dalam saingan liga ketika menentang MCKK.

Namun bagi pengendali pasukan yang dikenali dengan Zealord, Mohd Soleh Abdul Hamid, kekalahan ketika aksi liga bukan ukuran untuk aksi final hujung minggu ini.

“Mereka (MCKK) ada kelebihan dari aspek pertahanan, kawalan bola dan posisi setiap pemain. Tetapi kami juga ada strategi tersendiri untuk memastikan kemenangan dan memastikan pemain pemain mendapat rehat yang cukup,”kata Soleh.

 

 

SEMASHUR melakar kemenangan ke atas Sekolah Alam Shah (SAS), Putrajaya di peringkat separuh akhir manakala satu lagi finalis, MCKK menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman untuk melengkapkan slot final.

Dalam pada itu, pengendali MCKK, Mohd Romli Saad sedikit tertekan apabila kehilangan kapten Muhd Syazani Suhaimi yang mengalami kecederaan bahu kiri ketika aksi separuh akhir 30 April lalu.

Namun, beliau tetap optimis kerana pemain pemain tahu peranan masing masing dan ragbi bukan melibatkan perlawanan individu.

“Semua pemain adalah key player. Tidak ada sesiapa yang penting. Kami ada senarai pemain yang mencukupi dan harapnya mereka akan memberikan aksi yang terbaik,”kata Romli.

Kejohanan ragbi Super Schools 15s dan Trofi Cabaran Pengerusi Malaysia Airports tidak akan berjaya tanpa sokongan penaja penaja terutamanya MAHB.

Sukan ragbi dilihat salah satu sukan yang mempunyai keunikan tersendiri, malah mempunyai pembangunan jangka panjang.

“Sejak 2013, sukan ragbi mempunyai platform yang baik untuk pembangunan untuk mencari bakat bakat baru, justeru ia dipilih untuk berada dibawah program CSR MAHB,”kata Pengurus Besar Komunikasi Korporat MAHB, Nik Anis Nik Zakaria.

 

 

Please follow and like us:
0