Selepas kehilangan empat pemain, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng hoe terpaksa melupakan hasrat penyerang Pahang, Norshahrul Idlan Talaha yang tidak menghadiri kem latihan skuad kebangsaan di Nilai hari ini.

Norshahrul atau Mat Yo meminta pelepasan daripada Tan Cheng Hoe atas alasan urusan keluarga.

“Nampak semua ok masa latihan. Tetapi Mat Yo (Norshahrul idlan Talaha) minta pelepasan kerana ada urusan keluarga. Jadi kita perlu hormat keputusan beliau,” kata Cheng Hoe

Ketiadaa Mat Yo bermakna Tan Cheng Hoe perlu mencari gandingan serta percaturan yang terbaik bagi dua aksi persahabatan antarabangsa kelak.

“Saya tidak boleh beri alasan dan perlu mencari satu formula atau formasi terbaik ketika menentang Taiwan dan Kemboja nanti dan sudah tentu pemain pemain yang akan diturunkan mampu memberi persembahan yang terbaik,”katanya lagi.

Sandaran bagi posisi penyerang kini bakal digalas diantara Zaquan Adha Abd Razak, Akhyar Rashid, R Kogileswaran dan Shahrel Fikri Md Fauzi.

Malaysia akan berdepan Taiwan pada 7 September disusuli aksi menentang Kemboja pada Isnin dan kesemua perlawanan ditempat lawan.

Daripada 27 pemain yang dipanggil Tan Cheng Hoe, empat pemain, Safawi Rasid dan Adam Norazlin yang beraksi untuk skuad bawah 23 tahun negara di Sukan Asia baru baru ini meminta pelepasan untuk berehat.

Manakala pemain pertahanan Kedah, Rizal Ghazali terpaksa diketepikan susulan kecederaan sementara Syafiq Ahmad baru menimang cahaya mata.

- Advertisement -