Kontinjen Sabah terus menhadirkan kejutan apabila meraih pingat emas pertama di Pusat Akuatik Tuanku Zara yang membuka gelanggang hari ini.

Gabriel Gilbert Daim memastikan emas milik Sabah dalam acara 3 meter papan anjal lelaki individu selepas meraih mata tertinggi.

Penerjun berusia 17 tahun itu melakukan terjunan yang konsisten untuk mengumpul 369.00 mata selepas melakukan enam terjunan.

Jurang mata Gabriel jauh didepan berbanding pencabarnya yang menduduki tangga kedua dan ketiga sekaligus berpuas hati dengan pingat perak dan gangsa.

Penerjun dari Selangor, Muhd Syahmi Mohd Rezal mengumpul 315.60 mata sementara Wilayah Persekutuan, Hanis Nazirul Jaya Surya melengkapkan podium selaku pemenang pingat gangsa dengan catatan terkumpul 312.00 mata.

Acara terjun 10 meter platform seirama wanita pula diungguli Sarawak yang mempertahankan emas yang dimenangi dua tahun lalu menerusi gandingan Eilisha Rania Abrial Rajagopal Francis dan Kimberly Bong.

Gandingan Eilisha dan Kimberly nyata kemas sekaligus menduduki carta teratas, mengumpul 274.05 mata.

Gandingan dari Selangor, Koh Hui Yan dan Lim Min pula meraih pingat perak dengan catatan 222.06 mata manakala manakala gangsa milik pasangan Sabah, Nur Ain Nadzmi dan Nurfazriyanti Jali dengan 213.51 mata.

 

 

 

- Advertisement -