Liga Bolasepak Jerman (DFL) mengesahkan pemain bolasepak dijangkiti wabak Covid 19.

Sebanyak 1700 ujian telah dijalankan ke atas pemain dan barisan kejurulatihan melibatkan 36 kelab yang beraksi di Bundesliga dan Bundesliga 2.

Maklumat tentang siapa yang disahkan positif Covid 19 tidak didedahkan dan kesemua data dikumpul dan diserahkan kepada bahagian kesihatan.

10 individu yang terlibat diasingkan serta merta daripada pasukan terlibat dan dibawa dilokasi khas yang telah ditetapkan untuk proses kuarantin.

Liga domestik di Jerman ditunda sejak pertengahan Mac susulan pandemik Covid 19 dan kerajaan akan memutuskan samada akan menyambung semula atau sebaliknya liga tempatan pada Rabu.

Sebelum ini, kelab FC Cologne mengesahkan tiga pemain positif Covid 19 dan menjalani proses kuarantin selama 14 hari sementara pemain pemain lain menjalani latihan seperti biasa,

DFL telah mengeluarkan panduan keselamatan khusus untuk mengadakan perlawanan tanpa penonton termasuk ujian berkala kepada pemain.

Tiada proses kuarantin melibatkan kesemua pasukan yang terlibat jika wujud kes positif namun segala keputusan lanjut akan ditentukan selepas mendapat pandangan daripada pegawai kesihatan.

 

 

 

- Advertisement -