Tiada alasan untuk atlet angkat berat yang beraksi di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 daripada tidak mengambil ujian doping.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat menegaskan, ia perlu dilakukan sebagai langkah mengekang wujud kes positif doping melibatkan sukan itu.

Sukan angkat berat berdepan penggantungan daripada Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) sehingga 1 April 2021 susulan jumlah kes gagal ujian doping melibatkan atlet negara yang serius.

Temasya SUKMA 2020 Johor dijadual berlangsung dari 6 – 14 Mac 2021.

Selain ujian doping, program kesedaran turut dipertingkatkan kepada atlet dan pegawai untuk memastikan kesemua yang terlibat benar benar memahami tentang bahan terlarang yang telah ditetapkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Penggantungan yang dikenakan ke atas PABM menyaksikan atlet angkat berat negara terpaksa melupakan Sukan Olimpik.

Namun, peluang PABM untuk mengurangkan tempoh hukuman masih andai syarat syarat IWF berjaya dipatuhi dan boleh ditamatkan seawal bulan Oktober 2020.

 

 

 

 

- Advertisement -