Seramai 65 pemain dalam dan luar negara akan berkampung di Kelab Golf Kota Permai (KPGCC), Shah Alam bermula esok untuk memburu kejuaraan di Kejohanan Golf Srixon 100PLUS Remaja Antarabangsa 2025.

Kejohanan yang memasuki edisi keempat tahun ini akan membariskan pemain remaja terbaik dari serata benua Asia yang akan bertarung selama tiga hari untuk menentukan siapakan juara lelaki dan perempuan bagi kategori A (16-18 tahun) dan B (13-15 tahun)

Juara berganda 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia Liew Connor Axel Kai, Muhd Ajmal Amin Mohd Fajri dan Muhd Danial Muhd Nazari antara sandaran Malaysia bagi kategori lelaki sementara Ngo Yi Belle, Jamie Tan dan Nur Batrisyia Balqis Abd Ghani menggalas tugas bagi kategori Perempuan. 

Mereka akan bertarung dengan pemain pemain dari negara negara Asia antaranya  Korea Selatan, China,India, Indonesia, Taiwan, Vietnam dan Filipina.

Malaysia membariskan keseluruhan 29 pemain bagi kategori A dan B lelaki dan perempuan dimana pemain pemain ini dipilih selepas mengungguli tiga sirkit kejohanann golf SRIXON 100PLUS Jelajah Pembangunan Malaysia yang telah dipertandingkan dengan Sirkit Pertama telah berlangsung di Kelab Golf Templer (TPGCC), Rawang pada 6 hingga 8 Jun lalu.

Manakala sirkit kedua telah berlangsung di kelab Golf Eastwood Valley,Miri, Sarawak pada 24 hingga 26 Jun lepas dan sirkit ketiga pula akan berlangsung di kelab golf Glenmarie, Subang pada 8-10 Julai lalu.

- Advertisement -