9th ASEAN Para Games KL2017 – CP Football – Malaysia vs Cambodia

9th ASEAN Para Games 2017 - RIMAU MaskotIndonesia, Thailand dan Singapura menyertai Malaysia di separuh akhir bolasepak Celebral Palsy (CP) Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 setelah berakhirnya aksi peringkat kumpulan pada Rabu.

Indonesia meneruskan langkahan ‘giant-killer’ mereka setelah tampil garang untuk mencatat kemenangan 10-2 ke atas finalis di Para ASEAN Singapura 2015, Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan B di Padang C Majlis Sukan Negara.

Tiga pemain – Cahyana, Muhaimi Yahya dan Hernanda Yahya – masing-masing menjaringkan hatrik pada perlawanan itu manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Yuliarsi Ahmad.

Skuad bimbingan Fadilah Umar itu yang melakar kejutan ke atas juara bertahan Thailand dalam aksi pertama pada Selasa, muncul juara Kumpulan B dengan enam mata.

9th ASEAN Para Games KL2017 – Football Cerebral Palsy (CP) – Thailand vs Myanmar

Keputusan itu turut membantu Thailand yang mengumpul tiga mata hasil kemenangan ke atas Myanmar dua hari lalu mara ke separuh akhir selaku naib juara.

Dalam aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung Khamis, Indonesia yang menamatkan saingan dua tahun lalu di kedudukan tercorot akan menentang Singapura yang mengesahkan kemaraan selaku naib juara Kumpulan A menerusi kemenangan 4-0 ke atas Kemboja di venue sama.

Manakala satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan Thailand dan tuan rumah, Malaysia yang lebih awal layak ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A pada Selasa berikutan kemenangan besar 12-0 ke atas Kemboja.

9th ASEAN Para Games KL2017 – CP Football – Malaysia vs Cambodia

Apa kata mereka :
Fadilah Umar (Jurulatih Indonesia) : Dua tahun lalu kami menduduki tangga tercorot tanpa sebarang kemenangan, dan kami bertandang ke sini bagi dengan sasaran untuk memperbaiki pencapaian itu. Kami bermain tanpa tekanan kerana tidak banyak tumpuan diberikan dan melangkah ke separuh akhir dengan menewaskan dua finalis edisi lalu. Saya harap ini akan jadi suntikan semangat untuk kita meneruskan momentum kemenangan di separuh akhir.

- Advertisement -