Junior Cycling Malaysia (JCM) Track Championships 2017 melabuhkan tirainya hari iniĀ  menyaksikan pasukan berbasikal Terengganu muncul sebagai pasukan terbaik apabila berjaya meraih 13 pingat emas menjadikan 23 pingatĀ  secara keseluruhan.

Lebih manis, dua pelumba Terengganu, Afiq Iskandar Hasyim dan Nur Alia Mansor dinobatkan sebagai pelumba terbaik kejohanan apabila masing-masing merangkul 5 pingat emas.

Menurut ketua jurulatih, Syed Muhammad Husaini, beliau amat gembira dengan prestasi yang dipamerkan anak buahnya dari hari pertama sehingga tamat kejohanan.

ā€œKami hanya mensasarkan 4 pingat emas sahaja pada kejohanan kali ini kerana barisan pelumba yang dibawa rata-ratanya pelumba baru dan masih lagi belum menyesuaikan diri dengan perlumbaan di trek,ā€ ujar Husaini.

ā€œSelain itu, JCM kali ini merupakan platform buat kami untuk mengenal pasti kelemahan kami dan akan memperbaikinya sebagai persediaan untuk temasya SUKMA tahun hadapan,ā€ tambahnya lagi.

Pasukan Pelapis Kebangsaan muncul pasukan kedua terbaik apabila memungut 7 pingat emas dan 24 pingat keseluruhan manakala di tempat ketiga menjadi milik pasukan Majlis Sukan Negara B21 dengan pungutan 6 pingat emas dan 10 pingat keseluruhan.

Meskipun ini merupakan kali pertama JCM menggunakan trek velodrom sebagai litar perlumbaan, namun ianya mendapat respon yang positif dan memberi lebih banyak pendedahan kepada pelumba yang baru saja menjinakkan diri dalam perlumbaan trek.

Sebanyak 213 pelumba yang bertanding dan melibatkan 16 pasukan sudah pun cukup membuktikan bahawa kejohanan yang dianjurkan oleh JCM semakin kompetitif dan merupakan medium terbaik untuk melahirkan pelumba muda yang lebih berbakat.

Secara keseluruhannya, inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Belia & Sukan serta Majlis Sukan Negara untuk menganjurkan kejohanan JCM ini, merupakan inisiatif yang terbaik bagi meningkatkan lagi mutu pelumba basikal negara dalam usaha meneruskan lagi legasi Azizulhasni Awang dan juga Fatehah Mustapa.

- Advertisement -