
#PERSEMUKAAN PENCABAR âLIGHT HEAVYWEIGHTâ: DUA PENCABAR BERBISA ANTHONY SMITH DAN ALEKSANDAR RAKIC AKAN BERTEMBUNG DALAM TIGA PUSINGAN DI ACARA UTAMA
Bekas pencabar UFC âlight heavyweightâ Smith (32-15) akan berazam untuk melakukan impak besar dengan satu lagi kemenangan berharga.
Beliau berbekalkan rekod menang 30 dari 32 kemenangan sebelum penamat perlawanan dan telah mengukuhkan prestasi sebagai atlit UFC yang kental dengan kemenangan ke atas over Alexander Gustafsson, Mauricio Rua dan Rashad Evans.
Smith akan mencabar untuk kejuaraan dengan menjadi atlit pertama untuk menumbangkan Rakic di kancah UFC.
Rakic (12-2) pula berazam untuk mencuri tumpuan dengan merekodkan kemenangan terbesar karier beliau.
Bekas âkickboxerâ ini telah menang 9 dari 12 kali menerusi âknockoutâ, dan menang dipusingan pertama menentang Jimi Manuwa dan Devin Clark.
Rakic kini ingin membuktikan bahawa beliau boleh bersaing dengan atlit terbaik divisi ini dan menjadi ancaman untuk kejuaraan.

BEKAS JUARA UFC âWELTERWEIGHTâ ROBBIE LAWLER KEMBALI UNTUK BERTEMBUNG MENENTANG VETERAN NEIL MAGNY
Bekas juara âwelterweightâ dan atlit kegemaran peminat Lawler (28-14) kembali ke gelanggang buat kali pertama selepas setahun.
Walaupun sudah lama tidak beraksi, Lawler merupakan atlit yang digeruni dan telah menang ke atas Rory MacDonald, Carlos Condit dan Johny Hendricks.
Beliau sekarang ingin melupakan rekod kalah dan kembali mencatat kemenangan penting.
Lawler mempunyai 20 kemenangan âknockoutâ, dan juga menang 12 kali di pusingan pertama.
Magny (23-8) pula merupakan ahli veteran UFC yang telah bertarung menentang nama terbesar divisi âwelterweightâ.
Magny mempunyai rekod cemerlang menang lima kali dalam tempoh setahun dan antara atlit yang pernah ditumbangkan oleh beliau termasuk Kelvin Gastelum, Johny Hendricks, Hector Lombard and Carlos Condit.
Kini, Magny akan berusaha untuk meneruskan rentak kemenangan dan memasuki tempat 10 terbaik divisi ini.
Impian itu diperkukuhkan dengan lapan kemenangan dari 11 perlawanan terakhir.
Pertarungan lain menyaksikan Ji Yeon Kim bertembung Alexa Grasso di aksi wanita âflyweightâ, manakala Ricardo Lamas akan bertemu Bill Algeo dalam aski âfeatherweightâ.
Aksi âlight heavyweightâ pula melihat Magomed Ankalaev dan Ion Cutelaba bersemuka, manakala Maki Pitolo dan Impa Kasanganay akan bertarung dalam aksi Dana Whiteâs Contender Series.
Selain itu, Mallory Martin akan berharap untuk merekodkan kemenangan UFC pertama menentang Hannah Cifers, manakala Alessio Di Chirico dan Zak Cummings beraksi di kategori âmiddleweightâ.
Di divisi âfeatherweightâ pula, Alex Caceres akan cuba menumbangkan Giga Chikadze buat kali pertama.
Perlawanan lain adalah diantara Polyana Viana- Emily Whitmire di wanita âstrawweightâ, dan Sean Brady menentang Christian Aguilera di kategori âwelterweightâ.































