Perjuangan dua wakil negara yang beraksi di kejohanan badminton Spain Masters 2021 berakhir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada lawan masing masing.

Perseorangan lelaki, Cheam June Wei gagal menempah slot ke separuh akhir selepas tewas kepada pilihan pertama dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.

Pemain berusia 24 tahun ini tampak bergelut sepanjang perlawanan dan seakan akan mengalami kecederaan apabila meminta rawatan selepas tamat set pertama.

June Wei meneruskan saingan dan tampak sukar untuk menandingi lawannya sekaligus tewas 9-21, 10-21.

Satu lagi wakil negara, Anna Cheong- Yap Cheng Wen turut kandas di peringkat suku akhir apabila tewas ditangan pilihan pertama dari Denmark, Amalie Magelund-Freja Ravn.

Menang 21-13 di set pertama,  Amalie dan Freja bangkit di dua set berikutnya sekaligus bergu wanita negara akur tewas 18-21, 17-21.

 

- Advertisement -