Bergu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke final Toyota Terbuka Thailand.

Turun dengan status pilihan kelapan, Aaron dan Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk menundukkan gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty straight set 21-18, 21-18 dalam masa 35 minit 

“Memang kita puas hati di kejohanan ini. Minggu lalu kami tewas pada pusingan pertama tetapi kali ini kali mahu pastikan tidak berlaku seperti sebelum ini,”kata Aaron Chia.

Soh Wooi Yik pula berkata “Kami ada keyakinan. Sebelum ini pernah bermain dengan mereka tetapi kami tewas. Kali ini permainan lebih baik  dan yakin dan akan beri tentangan sengit kepada mereka.”

Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berdepan pilihan keenam dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin yang melakar kejutan selepas menundukkan pilihan kedua dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 14-21 22-20 21-12.

Sementara itu hasrat untuk melihat satu lagi wakil negara ke final tidak kesampaian apabila bergu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tumpas kepada pilihan keempat dari Korea Selatan Kim So Yeong-Kong Hee Yong straight set 17-21, 6-21.

“Di set kedua kami cuba beri tentangan seperti di set pertama tetapi keadaan angin di dalam gelanggang sedikit menyukarkan dan kami banyak melakukan unforce error,” kata Meng Yean.

Turut sama terkandas di separuh akhir, pasangan bergu campuran muda negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang tewas kepada pilihan keempat dari Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yujung  9-21, 16-21.

- Advertisement -