Empat pasukan ke peringkat separuh akhir Piala 100PLUS Menteri Pendidikan 2018 bawah 14 tahun dan Piala Remaja KPM -FAM bawah 17 tahun telah pun diketahui selepas tamat saingan suku akhir.

SMK Za’ba dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang menjadi pasukan tumpuan selepas mengisi slot separuh akhir bagi kategori bawah 14 dan 17 tahun.

Saingan bawah 14 tahun, jaringan tunggal Muhd Haikal Kamarulzaman dibabak kedua susulan kesilapan pertahanan lawan sudah cukup untuk memeastikan kemenangan ke atas SMK Seksyen 11 sekaligus memastikan impian SMK Za’ba untuk ke peringkat separuh akhir menjadi kenyataan.

Disebalik kejayaan yang diraih dilaman sendiri, jurulatih SMK Za’ba, Hakimi Ramli masih belum mampu menarik nafas lega susulan aksi anak didiknya.

“Tentangan yang diberikan oleh pasukan lawan sangat sengit. Kita hanya mendapat satu gol hasil kesilapan mereka.

“Untuk separuh akhir perkara pertama yang perlu diperbaiki adalah stamina pemain pemain dimana kita dapat lihat mereka agak lesu dan kekuatan mental juga perlu dipertingkatkan,” kata Hakimi.

Lawan SMK Za’ba diperingkat separuh akhir adalah SMK Bukit Indah yang berterima kasih kepada jaringan tunggal Muhd Firrash Izzat Kamaruddin seawal mnit pertama untuk kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Ibrahim Fikri.

Dua lagi slot separuh akhir bawah 14 tahun diisi SMK Putera dan Sekolah Sukan Pahang B13 ‘A’

SMK Putera tidak mensia siakan peluang beraksi dilaman sendiri untuk melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas SMK Syed Hassan.

Muhd Danial Zhafirul Bazlan muncul wira SMK Putera apabila menyumbat dua gol sementara Mohd Alif Haikal Mokhtar melengkapkan kemenangan untuk pasukannya.

Sementara di Gambang, hatrik Mohd Haikal Danish Mohd Haizon memastikan SSMP B13 ‘A’ berpesta gol ke atas SMK Seri Kota 5-0 sekaligus mara ke peringkat separuh akhir.

Dua lagi gol tuan rumah disumbang Muhd Akid Mohd Zamri dan Muhd Nazwan Abdullah.

Dalam pada itu, saingan bawah 17 tahun menyaksikan Abdul Raziq Abdul rahim dan Muhd Aiman Ahmad Nizam menyumbat dua gol untuk membantu SMK Za’ba berpesta gol 5-0 ke atas SSMP B15 ‘B’.

Muhd Fazimi Zamre menyumbang satu gol untuk SMK Za’ba sekaligus bakal berdepan wakil dari Perak, SMK Gunung Rapat untuk memburu slot final.

SMK Gunung rapat mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menundukkan SMK Bukit Nenas 2-1.

Muhd Azam Azmi Murad menafikan jaringan pembukaan SMK Gunung Rapat oleh Muhd Ikfan Mohd Rozi.

Namun, kesilapan pertahanan dihukum Ikfan yang menjaringkan gol kemenangan untuk SMK Gunung Rapat dipenghujung perlawanan.

Dalam pada itu, SSMP B15 ‘A’ mengikuti jejak adik apabila turut mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir susulan kemenangan 4-0 ke atas SMK Mutiara Impian.

Dua gol dibabak pertama dijaringkan Muhd Danish Mohd Zahir (minit 6) dan Muhd Faiz Amer Runnizar (minit 26)

Muhd Haiqal Haqeemi Hairi memastikan kemenangan mutlak untuk SSMP B15 ‘A’ apabila menjaringkan dua gol di minit 49 dan 58.

Menanti di separuh akhir, SMK Presint 14 (1) yang melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Seberang Temerloh hasil jaringan Muhd Yazid Nor Azmi dibabak kedua perlawanan.

Saingan separuh akhir dijadual berlangsung pada 13 Oktober sebelum aksi timbal balik separuh akhir kedua pada 20 Oktober.

  

KEPUTUSAN PERLAWANAN

BAWAH 14

 

SMK Za’ba                           1

SMK Seksyen 11                   0

 

SSMP B13 ‘A’                        5

SMK Seri Kota                      0

 

SMK Ibrahim Fikri                 0

SMK Bukit Indah                  1

 

SMK Putera                          3

SMK Syed Hassan                 0

 

BAWAH 17

 

SMK Za’ba                           5

SSMP B15 ‘B’                        0

 

SSMP B15 ‘A’                        4

SMK Mutiara Impian             0

 

SMK Gunung Rapat              2

SMK Bukit Nenas                  1

 

SMK Seberang Temerloh       0      

SMK Presint 14 (1)               1

 

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR

TARIKH: 13 DAN 20 OKTOBER

 

BAWAH 14

SMK Bukit Indah lwn SMK Za’ba

SMK Putera lwn SSMP B13 ‘A’

 

BAWAH 17

SMK Gunung Rapat lwn SMK Za’ba

SMK Presint 14 (1) lwn SSMP B15 ‘A’

- Advertisement -