rio (3)

NATIONAL athletes who took the podium in the recent Olympic Games in Rio, will receive an additional cash incentive of RM200,000 for winning the silver and bronze medals.

In announcing the windfall, Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak said, the additional cash reward will be given on top of the RM300,000 and RM100,000 reward for silver and bronze respectively, which were already allocated for Olympic winners under the SHAKAM Incentive Scheme.

Dato’ Sri Najib delivered the good news upon the athletes’ arrival from Rio de Janeiro at the Bunga Raya Complex, KLIA today (25 August 2016). Some 1,000 guest and fans gathered for more than an hour to honour the Malaysian Olympic Contingent with a Heroes’ Welcome after winning four silver and a bronze in Rio.

“The additional reward of RM200,000 is on top of the cash reward already allocated under the SHAKAM Incentive Scheme,” said Dato’ Sri Najib.

Described as Malaysia’s best ever achievement in the Olympics, the national contingent clinched its four silver medals through national number one shuttler Datuk Lee Chong Wei, doubles pair of Goh V Shem/Tan Wee Kiong, mixed doubles pair of Chan Peng Soon/Goh Liu Ying and the Women’s 10 meter Platform Synchro (Diving).

Dimunitive sprint rider Azizul Hasni Awang won the sole bronze in the Men’s Keirin event.

“I’ll be discussing further with YB Khairy Jamaluddin and Chef de Mission Tan Sri Mohamed Al Amin to chart out ways to further boost our future achievement in sports,” said the Prime Minister, in a 10-minute speech which was also telecast live on national television.

Earlier, the bus which ferried the contingent, arrived at the Bunga Raya Complex lobby at 3.00pm, much to the delight and loud cheers of the 1,000 guests and fans which had gathered and waited for more than an hour.

Also present at the joyous occasion were wife of the Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Youth and Sports Minister YB Khairy Jamaluddin and members of the Cabinet.

“To our athletes, you are all heroes in our eyes. This is our best Olympic achievement ever, and in 2020, God willing, the elusive gold medal will be ours (in Tokyo Olympics),” said Dato’ Sri Najib.

rio (2)

GANJARAN TAMBAHAN RM200 RIBU BUAT PEMENANG PINGAT OLIMPIK
 
ATLET negara yang meraih pingat di Sukan Olimpik 2016 menerima ganjaran tambahan sebanyak RM200,000 ekoran kejayaan menaiki podium di Rio, baru-baru ini.

Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak mengumumkan insentif tambahan tersebut pada Majlis Sambutan Pulang Wira-Wirawati Olimpik negara sekembalinya kontinjen Olimpik negara dari Rio de Janeiro di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antrarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini (24 Ogos 2016).

Ganjaran tersebut sebagai tambahan kepada jumlah yang telah ditetapkan di bawah Hadiah Kemenangan SHAKAM yang memperuntukkan RM300,000 untuk pingat perak Olimpik dan 100,000 untuk gangsa.

“Saya nak umumkan bahawa kerajaan akan tambah RM200,000 lagi kepada pemenang pingat perak dan RM200,000 juga kepada pemenang gangsa,” katanya.

Malaysia menamatkan kempen Sukan Olimpik Rio 2016 dengan empat pingat perak berjaya diraih menerusi badminton perseorangan (Datuk Lee Chong Wei) dan beregu lelaki (Goh V Shem, Tan Wee Kiong) serta beregu campuran (Chan Peng Soon, Goh Liu Ying) dan acara Terjun 10 meter Platform Seirama Wanita.

Manakala pingat gangsa negara hadir menerusi acara Keirin Lelaki yang disumbang Azizul Hasni Awang.

“Saya juga akan berbincang dengan Khairy Jamaluddin dan Ketua Kontinjen Tan Sri Mohamed Al Amin untuk bedah siasat (post mortem) bagi merancang bagaimana kita boleh memberi suntikan untuk kemajuan sukan Malaysia,” kata Perdana Menteri pada majlis yang turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Sebelum itu, lebih 1,000 tetamu dan peminat menunggu hampir sejam sebelum bas yang membawa atlet negara tiba di perkarangan masuk Kompleks Bunga Raya, tepat jam 3.00petang. Sebaik melangkah masuk, para atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen diberikan sambutan tepukan dan sorakan gemuruh.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan beberapa Menteri kabinet lain.

Perdana Menteri, dalam amanat hampir 10 minit kepada atlet berkata, biarpun gagal meraih emas, kejayaan Olimpik 2016 tetap manis kerana ia pencapaian terbaik kontinjen negara dalam sejarah penyertaan di Sukan Olimpik selain menyerlahkan kesatuan rakyat tanpa mengira kaum dan ideologi.

“Kesemua mereka (atlet) adalah wira di mata kita…dengan pencapaian terbaik ini, Insha Allah, pada Sukan Olimpik yang akan datang di Tokyo 2020, pingat emas yang menjadi buruan selama ini mampu menjadi milik kita,” katanya.

- Advertisement -