Selepas tujuh edisi beraksi di Jelajah Malaysia, perlumbaan peringkat kedua bagi saingan JM 2017 menoktahkan pengakhiran yang menggembirakan buat penyertaan pelumba kelahiran Terengganu Mohd Adiq Hussaini Othman.

Perlumbaan dari Lumut ke Kuala Kurau dengan jarak 145.3 kilometer berjaya ditakluki pelumba berusia 26 tahun ini selepas terlebih dahulu melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 17 minit 12 saat.

Perlumbaan bergerak dalam kelajuan yang tinggi apabila banyak breakaway dilakukan khususnya diawal saingan.

Brendon Davids mengetuai perlumbaan secara berseorangan di 10 kilometer pertama sebelum bergabung dengan peloton di KM 21 ketika menghampiri zon pecutan pertama di Panta Remis (KM 33.8)

Laluan landai jelas sekali dinanti nantikan pakar pecut yang mencari peluang terbaik khususnya dipenghujung perlumbaan untuk melakukan henjutan.

Adiq yang bergandingan dengan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi di penghujung perlumbaan ternyata membuahkan hasil apabila meskipun  dipaksa bersaing hebat dengan seteru dari pasukan Thailand Continental Cycling Ariya Pounsavath.

“Saya mula melakukan attack ketika di 10 kilometer terakhir, tetapi ketinggalan seketika di dua kilometre namun berjaya kembali semula ke kelompok depan.

“Selama beraksi di Jelajah Malaysia, ditambah dengan kecederaan lutut, ini kali pertama saya memenangi perlumbaan peringkat, hari ini juga saya terdorong untuk melakar sesuatu dan alhamdulillah berjaya melakukannya,”kata Adiq.

Adiq menyertai perlumbaan Jelajah Malaysia pada 2010 dimana beliau beraksi bersama pasukan Drapac Porsche.

Ketika itu, beliau meraih podium pertamanya apabila menamatkan perlumbaan ditempat ke 3 pada perlumbaan peringkat keempat.

Dua tahun kemudian, beliau berhijrah ke Champion System dan sekali lagi menaiki podium selepas menduduki tempat ketiga di saingan peringkat ketiga, malah menaiki podium pada hari terakhir sebagai raja pecut.

Pada 2013, Adiq memperbaiki pencapaiannya apabila menaiki podium sebagai naib juara peringkat pertama, namun tidak beraksi di Jelajah Malaysia 2016.

Ini merupakan podium kedua sebagai juara peringkat buat pasukan Terengganu Cycling (TSG) selepas Nur Amirul Fakhruddin Mazuki menamatkan peringkat pertama semalam selaku juara.

Tempat kedua Ariya Pounsavath manakala seorang lagi pelumba negara yang beraksi untuk pasukan Polid Diraja Malaysia (PDRM) Ahmad Fauzan Ahmad Lutfi berpuas hati di tempat ketiga.

Kedudukan pemenang lima jersi yang dipertandingkan menyaksikan hanya jersi kuning bertukar tangan.

Pelumba pasukan Oliver’s Real Food Racing , Ryan Thomas merampas kedudukan daripada Abdul Gani (KFC Racing) selepas menamatkan perlumbaan ditangga ke lapan.

Abdul Gani masih mengekalkan jersi polka dot selaku pendahulu bagi raja bukit manakala Nur Amirul Fakhruddin Mazuki kekal dengan jersi hijau selaku raja pecut, kekal dengan 26 mata manakala dua pencabar, Adiq dan Ryan mengekori rapat dengan 15 mata.

Ryan Thomas turut mengekalkan jersi kelabu selaku pelumba muda terbaik manakala Muhammad Zawawi Azman daripada pasukan Sapura Cycling mengekalkan jersi merah sebagai pelumba terbaik Malaysia.

 

Keputusan Peringkat Kedua Jelajah Malaysia 2017

Lumut (Perak) ke Kuala Kurau (Perak) (145.3KM)

  1. Muhammad Adiq Hussainie Othman (TSG) – 3:17:12
  2. Ariya Phounsavath (TCC) – 3:17:12
  3. Muhammad fauzan Ahmad Lutfi (PDM) – 3:17:12
  4. Nelson Martin (7RB) – 3:17:12
  5. Mohamad Farid Razali (KEL) – 3:17:12

 

Kedudukan Jersi

Kuning : Ryan Thomas (OLI)

Hijau : Nur Amirul Fakhruddin Mazuki (TSG)

Polka Dot : Abdul Gani (KFC)

Kelabu : Ryan Thomas (OLI)

Merah : Muhammad Zawawi Azman (TSC)

 

 

 

 

 

- Advertisement -