
Penyerang import baharu Terengganu FC, Adisak Kraisorn mengakui Johor Darul Taâzim (JDT) merupakan lawan yang digeruni sekali gus menjangkakan pertembungan sengit untuk perebutan trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah, 24 Februari ini.
Pemain dari Thailand ini menyatakan pernah mengikuti perkembangan pemain-pemain JDT terutamanya mereka yang pernah beraksi di pentas skuad kebangsaan selain turut mempunyai barisan import mereka yang cemerlang.
Namun, Adisak juga percaya dengan kemampuan pemain-pemain Terengganu FC yang juga tidak boleh dipandang mudah menyaksikan pasukan ketika ini sedang bekerja keras mempersiapkan diri untuk menghadapi aksi pertama 24 Februari ini.
âIni merupakan perlawanan pertama kita lawan JDT dan mereka adalah pasukan yang cemerlang di Malaysia.
âKami telah mempersiapkan diri lebih sebulan sekarang dan semuanya sedang bekerja keras untuk beraksi sebaiknya nanti.
âKita tahu rata-rata mereka ada dalam skuad kebangsaan dan juga ada pemain import yang terbaik tetapi kami juga ada pemain import yang bagus.
âSaya turut mengenali Diogo (Luis Santo), dia pernah beraksi di Liga Thailand dan ada juga saya tengok pemain-pemain lain beraksi terutamanya ketika di skuad kebangsaan, jadi saya rasa ia akan menjadi perlawanan yang hebat nantiâ, jelasnya.
Adisak yang berjaya membantu Thailand muncup juara Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 bersedia untuk menyahut cabaran baharu di Liga Malaysia bersama Terengganu dan dia bersama pasukan kini sedang menjalani latihan pra musim di Bangkok.
Bahkan, dia juga tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan perkara baharu di Liga Malaysia termasuklah untuk beraksi pada sebelah petang.
âIni merupakan cabaran baharu untuk saya di Malaysia memandangkan Liga Super bagi saya antara yang terbaik di Asean.
âSaya ada tengok juga di Youtube bagaimana ramainya penyokong di Terengganu dan mereka sangat baik, jadi saya suka di sini.
âBerkenaan bermain di waktu petang, sudah tentu saya tiada masalah sebab di Thailand juga kadang-kadang ada bermain di waktu petang.
âUntuk itu, saya juga kena belajar memahami peraturan Liga Malaysia dan saya kena belajar daripada semua sudut, jadi saya akan cuba yang terbaikâ, jelasnya






























