Malaysia wajib menewaskan Tajikistan dalam aksi pembuka tirai Kumpulan A pada Khamis bagi mencerahkan peluang meneruskan langkahan dalam saingan Kejuaraan AFC B-16.

Ketua jurulatih, Lim Teong Kim mengakui ianya penting untuk bermula dengan langkah kanan justeru menuntut pemainnya menyerlahkan tahap sebenar permainan mereka untuk memastikan tiga mata dapat diraih.

ā€œKita tidak pernah bertemu Tajikistan jadi ianya sukar untuk menduga kekuatan, tetapi kita semua tahu bahawa kesemua pasukan yang datang ke sini telah membuat persiapan rapi jadi saya boleh katakan peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang.Ā 

ā€œNamun kita telah menyaksikan video mereka bermain di Kelayakan AFC tahun lalu, saya yakin kita boleh tewaskan mereka dengan syarat pemain kita perlu bermain pada kualiti sebenar mereka, manfaatkan setiap peluang,ā€ ujar Teong Kim.

Tambah bekas jurulatih Akademi Bayern Munich itu, ā€œKita tahu dua aksi selepas itu akan lebih mencabar jadi kita perlu dapatkan kelebihan awal, kita tidak boleh lakukan kesilapan. Saya percaya pemain-pemain dalam keadaan yang cukup bersedia untuk menyahut cabaran.ā€

Setelah menentang Tajikistan yang mencatat rekod bersih tiga kemenangan dan langsung tidak bolos ketika di pusingan kelayakan, Malaysia akan berdepan dengan jaguh Asia Tenggara Thailand pada 23 September dan menutup aksi kumpulan dengan menentang gergasi Asia, Jepun pada 26 September.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datoā€™ Hamidin Amin menyatakan keyakinan beliau terhadap kredibiliti Teong Kim untuk memacu pasukan muda ini mencapai sasaran mara ke peringkat separuh akhir yang akan menghadiahkan tiket automatik beraksi di Piala Dunia Remaja 2019 di Peru.

ā€œPeminat bola sepak sememangnya menginginkan pembaharuan dalam bola sepak yang bermula dari generasi baru ini, maka pastinya akan ada tekanan dalam kalangan pemain.

ā€œSaya yakin Teong Kim mempunyai cara tersendiri untuk menangani tekanan ini. Apa yang penting, pemain perlu kekal fokus dan memiliki keyakinan tinggi,ā€ katanya selepas memberikan kata-kata semangat kepada skuad B-16 negara di hotel penginapan pasukan di Petaling Jaya. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -