Perjuangan skuad bawah 22 tahun negara di Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 22 tahun tamat selepas menamatkan saingan kumpulan B ditangga ketiga sekaligus gagal ke peringkat separuh akhir.
Satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan menyaksikan Malaysia mengumpul empat mata, gagal untuk memintas Indonesia yang berada di tangga kedua dengan lima mata selepas mengesahkan kemenangan penting ke atas tuan rumah, Kemboja.Â
Indonesia membenam Kemboja 2-0 hasil ledakan Marinus Wanewar untuk kekal di tangga kedua dibezakan satu mata dengan pendahulu kumpulan B, Kemboja.
Skuad kendalian ternyata memerlukan elemen keajaiban kerana terpaksa bergantung kepada kemenangan Kemboja ke atas Indonesia tatkala perlu menang ke atas Myanmar dalam aksi terakhir peringkat kumpulan hari ini.
Pemain yang berkelana di bumi Jepun, Hadi Fayyadh Abd Razak ternyata memberikan kegembiraan yang diperlukan oleh Datuk Ong Kim Swee untuk memastikan tiga mata penting berjaya diraih ke atas Myanmar.
Namun, kemenangan itu gagal untuk memberikan perkhabaran gembira apabila gagal mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir.
“Amat mengecewakan kerana terkeluar daripada peringkat seterusnya tetapi kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. Perlawanan pertama kita gagal mendapat tiga mata mungkin itu pengajaran yang cukup bermakna,”kata Kim Swee.
Namun, bagi Kim Swee, kekecewaan di Phnom Penh hari ini bukan bermakna Malaysia gagal keseluruhannya, kerana fokus utama adalah menjelang saingan Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun.
 âSelepas ini, kita akan memikirkan persediaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan B-23 AFC bulan depan,â katanya.
Malaysia membuka kempen peringkat kumpulan B dengan kekalahan 0-1 ke atas Kemboja disusuli keputusan seri 2-2 menentang Indonesia sebelum menutup aksi terakhir petang tadi dengan kemenangan 1-0 ke atas Myanmar.