Ahmad Afif Amran admits that he is nervous ahead of the 2014 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship season finale where he will battle seasoned contenders, Norizman Ismail and Affendi Rosli for the second overall position in Alor Setar, Kedah this weekend. 

Afif heads into the season finale with a 10 point advantage over two-time champion, Norizman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) and Affendi who are joint second in the standings with 121 points while Givi Honda Yuzy Racing’s Zaqhwan Zaidi had already clinched the CP130 title in the penultimate round in Jempol earlier this month.

The PETRONAS Yamaha CKJ rider commented, “Alor Setar won’t be an easy race and I am quite nervous about it. Being 10 points ahead is good, but this gap is not sufficient enough to play a passive role this weekend if I intend to conclude the season behind Zaqhwan.”

He added, “Norizman and Affendi are highly experienced riders and both of them want to win in Kedah and try to take the second position away. I must go all out to finish the last race of the year with a victory, just like our aim in any other race.”

Although nervous, Afif believes he has what it takes to finish ahead of his experienced rivals following an encouraging rookie campaign that saw him win the race in Muar and Teluk Intan while he finished the races in Terengganu, Melaka and Jempol on the podium.

 

“We are in a good position to defend second overall. My riding is optimum and I believe the team can prepare a competitive bike this weekend. We just need to gather some data during the practice session and make adjustments accordingly because Alor Setar is a new track.”

AFIF GEMENTAR HADAPI SAINGAN NORIZMAN, AFFENDI 

Ahmad Afif Amran akui dia sedikit gementar bagi menghadapi saingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2014 berikutan terpaksa berhadapan saingan sengit tiga penjuru bersama Norizman Ismail dan Affendi Rosli bagi memburu gelaran naib juara keseluruhan CP130 di Alor Setar, Kedah, minggu ini.

Dengan gelaran juara yang sudahpun menjadi milik Mohd Zaqhwan Zaidi dari pasukan Givi Honda Yuzy Racing, pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ itu kini berada di tangga kedua dengan 121 mata, hanya berkelebihan 10 mata ke atas juara dua kali, Norizman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang turut berkongsi mata bersama Affendi.

Menjelaskan tentang situasi tersebut, Afif berkata, “Perlumbaan di Alor Setar minggu ini pasti bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi, jurang 10 mata ketika ini tidak membawa banyak kelebihan kepada saya, jadi saya perlu bekerja keras dan menamatkan saingan di kelompok hadapan jika ingin menamatkan musim ini di belakang Zaqhwan,” jelasnya.

Afif menambah, “Norizman dan Affendi merupakan pelumba yang cukup berpengalaman dan kedua-duanya juga mahu memenangi perlumbaan di Kedah bagi memastikan gelaran naib juara menjadi milik mereka. Saya tidak boleh mengambil langkah mudah dan perlu mengerah segala keupayaan yang ada untuk memastikan kejayaan menjadi milik saya, sama sepertimana yang cuba dilakukan dalam setiap perlumbaan lepas.”

Meskipun gementar, Afif percaya dengan pengalaman yang dimiliki sebagai pelumba rookie sepanjang musim ini yang membawa kejayaan memenangi perlumbaan di Muar dan Teluk Intan serta tiga podium di Terengganu, Melaka dan Jempol, dia mampu untuk mengatasi cabaran dua pelumba senior itu.

“Saya fikir tidak ada sebarang masalah untuk saya mempertahankan kedudukan kedua ketika ini. Pengendalian jentera saya berada pada tahap optimum manakala pasukan pula sentiasa menyediakan jentera yang begitu kompetitif. Memandangkan kami masih belum pernah beraksi di litar ini, saya perlu mengumpul seberapa banyak data penting ketika sesi latihan sebelum melakukan perubahan untuk mendapatkan pelarasan terbaik dan pada masa sama perlu cepat menyesuaikan diri bentuk litar.”

- Advertisement -