foto – Persekutuan Hoki Asia

 

 

Kem hoki negara lelaki dan wanita membuka saingan peringkat kumpulan dengan langkah kanan dalam aksi pembukaan.

Skuad hoki wanita membenam Hong Kong 8-0 semalam, manakala pasukan lelaki memulakan kempen saingan kumpulan B dengan kemenangan bergaya 16-2 ke atas Kazakhstan.

Di suku pertama, Malaysia mendahului 5-1 bermula dengan gol Faisal Saari di minit pertama sebelum Faiz Helmi Jali dan kapten, Razie Rahim melebarkan kedudukan di minit ke lima dan tujuh perlawanan.

Nik Muhd Aiman Nik Rozemi cemerlang menyumbat dua gol sebelum Aman Relubayev mengurangkan defisit gol untuk Kazakhstan di penghujung permainan.

Empat lagi gol menyusul di suku kedua dimana Muhd Sharil Saabah menyumbang dua gol manakala Meor Muhd Azuan Hasan dan Syed Mohd Syafiq Syed Cholan masing masing menjaringkan satu gol untuk Malaysia selesa dengan 9-1.

Muhd Razie Abd Rahim terus cemerlang apabila meledak dua gol di suku ketiga menerusi pukulan sudut penalti sementara Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil dan Faizal Saari turut melakar nama selaku penjaring untuk meletakkan Malaysia selesa dengan 13-1.

Anak didik Stephen Van Huizen memperlahankan rentak permainan di suku keempat, namun berjaya menjaringan dua gol masing masing menerusi Faizal Saari dan Razie Rahim sekaligus melengkapkan pesta gol Malaysia.

Kazakhstan bagaimanapun berjaya mencuri satu gol menerusi Ilgam Abdulabayev.

Skuad kendalian Stephen Van Huizen akan berdepan Thailand bagi aksi kedua kumpulan B pada 22 Ogos nanti.

- Advertisement -