chong.wei.321

Aksi garang Datoā€™ Lee Chong Wei membantu Petaling Jaya BC bangkit bergaya mengikat Petaling BC 10-10 dalam pertembungan penuh dramatik Resorts World Genting Purple League 2015 di Sports Arena@Sentosa.

Pemain nombor tiga dunia itu tidak bermasalah menepati reputasi apabila tampil dengan kelas tersendiri untuk membenam cabaran Iskandar Zulkarnain yang baru sahaja muncul juara Grand Prix Kebangsaan Ahad lalu dengan keputusan 3-0 (11-6, 11-5, 11-5). Ā Ā 

Iskandar nyata masih terlalu jauh untuk menandingi Chong Wei ā€“ dia gagal untuk menyaingi rentak permainan agresif dan penguasaan gelanggang yang cukup sempurna oleh naib juara Kejohanan Dunia itu yang turut mencuri tumpuan penonton menerusi smash tajam.

Chong Wei bagaimanapun berpendapat Iskandar, salah seorang pemain yang berpotensi beraksi bersama-samanya di Piala Thomas 2016 masih ada ruang memperbaiki permainan sambil menegaskan bahawa pemain itu tidak boleh cepat berpuas hati dengan prestasinya ketika ini.Ā Ā  Ā Ā 

ā€œIni adalah sistem permainan 11 mata, jadi anda tidak boleh leka. Macam tadi dia (Iskandar) banyak buka ruang dan tidak begitu agresif. Ini mudah buat lawan untuk menyerang. Apapun, saya lihat Iskandar tahun ini lebih stabil permainannya berbanding tahun lalu. Harap dia boleh bekerja keras dan lebih bersemangat. Jangan cepat berpuas hati, dia perlu cari keputusan yang lebih bagus,ā€ ujar Chong Wei.

Pada perlawanan itu, Petaling Jaya bermula dengan agak goyah apabila tewas tiga perlawanan pertama membabitkan acara perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu campuran dan ketinggalan 4-9 pada satu ketika.Ā 

Hafiz Hashim gagal menyaingi aksi energetik pemain muda Petaling, Tan Vi Hen apabila tewas 1-3 (7-11, 11-6, 5-11, 10-11). Pemain perseorangan wanita, Yang Li Lian kemudiannya mensia-siakan pendahuluan 2-0 untuk tewas 2-3 kepada Lim Yin Fun.

Ardianshah/Devitika Permatasari mengukuhkan kelebihan buat Petaling apabila menang ke atas Prajakta Sawant/Songphong Anugritayawon sebelum Petaling Jaya menjelmakan kebangkitan menerusi acara beregu lelaki.

Pasangan Nipithon Puangpuapech/Tang Chun Man bangkit dari kekalahan set pertama untuk menewaskan Shia Chun Kang/Tri Kusuma 3-1 (7-11, 11-5, 11-8, 11-7) dan menjadikan kedudukan 7-10 sebelum Chong Wei menyamakan kedudukan 10-10.

RWGPL-Logo-V

Terdahulu, Puchong United yang dilabel antara pasukan pilihan gagal merebut kesempatan untuk melonjak ke kedudukan empat teratas setelah dikejutkan Serdang BC 12-3 pada aksi yang berlangsung Rabu.

Walaupun bermula garang menerusi kemenangan mudah Hsueh Hsuan Yi dalam acara perseorangan lelaki, Puchong United tidak berupaya meneruskan rentak kemenangan apabila tewas kesemua empat aksi berikutnya dengan keputusan 0-3.

- Advertisement -