SuperSports 600cc riders in action
Buat pertama kali sepanjang 20 tahun penganjuran Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC), saingan pusingan akhir akan dilangsungkan selama empat hari dan dijangka akan menambahkan kerancakan saingan dikalangan pelumba-pelumba yang beraksi buat kali kedua pada musim ini di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 3 hingga 6 Disember ini.Ā 
Perubahan jadual ini dilakukan berdasarkan sokongan luar biasa yang diterima daripada penyokong tempatan dan pihak-pihak berkaitan termasuk pengeluar tempatan sehingga pihak penganjur memutuskan untuk menambah bilangan hari perlumbaan selama empat hari berbanding tiga hari sebelum ini.
Selain daripada lima kelas perlumbaan yang dipertandingkan di dalam saingan ARRC (SuperSports 600cc, Asia Production 250cc, Underbone 130cc, Asia Dream Cup dan Cabaran Suzuki Asia), perlumbaan sokongan peringkat kebangsaan akan turut berlangsung iaitu perlumbaan Thailand Honda Dream Cup (Kumpulan 1 dan 2) serta Cabaran Yamaha R3 Thailand.
“Industri sukan bermotor di Thailand berkembang pesat dan telah menarik minat orang ramai sejak dari hari pertama pembukaan Litar Antarabangsa Chang ini pada penghujung 2014 lalu. Minat di kalangan penduduk Thailand terhadap motosikal begitu tinggi manakala minat mendalam mereka terhadap perlumbaan juga telah menjadikan industri sukan permotoran di sana terus berkembang,” jelas Ron Hogg, Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing, penganjur bagi Kejuaraan ARRC.
Ā 
Dengan sokongan dan minat di kalangan penduduk dan pihak media tempatan yang tidak pernah berkurangan selain kakitangan pengurusan yang profesional, litar ini semakin menjadi tumpuan dan menarik minat sebagai antara litar yang mesti dikunjungi oleh penganjur-penganjur acara sukan permotoran ternama di dunia.
“Lebih daripada 200 pelumba akan beraksi di Litar Antarabangsa Chang pada minggu ini dan kami jangkakan perlumbaan akan berlangsung sengit melibatkan kesemua kategori,” tambah Ron.
Dalam kelas SuperSports 600cc, hanya satu mata diperlukan pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing, Yuki Takahashi untuk dinobatkan selaku juara keseluruhan manakala Gupita Kresna telahpun mengesahkan gelaran pada perlumbaan lepas di Qatar. Persaingan merebut gelaran juara bagi kategori lain masih berlangsung sengit termasuk perebutan untuk berada di kelompok tiga pelumba terbaik keseluruhan.
Ā 
EXPANDED FOUR-DAY RACING SCHEDULE FOR ARRC FINALE IN BURIRAM
The 2015 season finale of the FIM Asia Road Racing Championship will see an expanded race programme as the Asian series head to Buriram, Thailand for the second time this year. Scheduled to be held from December 3 to 6, 2015, the high level of local interest in the sport has encouraged the race organisers to incrase the number of days in the programme from the usual three day weekend to four.
Apart from the five Asia Road Racing classes (SuperSports 600cc, Asia Production 250cc, Underbone 130cc, Asia Draem Cup and Suzuki Asian Challenge), the race programme for the final round in Thailand will be supplemented by three national-level races. These are the Thailand Honda Dream Cup (Groups 1 and 2) as well as the Yamaha R3 Thailand Challenge Cup.
ā€œThe motorsports industry in Thailand underwent an overnight boom the moment the Chang International Circuit opened in late 2014. The Thais have always had a love for motorcycles and all that racing passion simmering under the surface erupted into a vibrant motorsports industry,ā€ said Ron Hogg, Promotions Director of Two Wheels Motor Racing, the race promoters of the ARRC.
Spectator attendance and media interest at Chang are consistently high. Added with a professional management team, the circuit has become the latest must-go destination for many of the worldā€™s top motorsports events.
The upcoming final leg of the 2015 FIM Asia Road Racing Championship will be the first time in 20 seasons in which the race weekend is extended into a 4-day event.
Ā 
ā€œMore than 200 riders will be racing at the Chang Circuit this weekend and we expect the racing to be competitive and exciting in all the race classes,ā€ Ron added.
In the SuperSports 600cc class, MUSASHi Boon Siew Hondaā€™s Yuki Takahashi is but one point away from the title while Gupita Kresna has got the Underbone crown in the bag. But there is still plenty to fight for with riders still contending for points to boost their ranking.
- Advertisement -