Keputusan Perlumbaan 2 Pusingan 5 ARRC India - SuperSports 600cc. Dari kiri; Decha Kraisart (THA) Yamaha, Anthony West (AUS) Yamaha dan Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki
Keputusan Perlumbaan 2 Pusingan 5 ARRC India – SuperSports 600cc. Dari kiri; Decha Kraisart (THA) Yamaha, Anthony West (AUS) Yamaha dan Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki

2015 Asia Road Racing Championship - logoPelumba Australia, Anthony West meraih kemenangan kedua dalam kategori SuperSports 600cc pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Buddh, New Delhi, India, hari ini sekaligus menjadikan pemburuan gelaran keseluruhan semakin sengit menjelang perlumbaan pusingan terakhir di Buriram, Thailand, Disember depan.

Sama seperti Perlumbaan 1, semalam, pelumba Akeno Speed WJR Racing itu mudah melintasi garisan penamat apabila menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 31’03.153s, 3.199s dihadapan pemenang tempat kedua, Decha Kraisart (Yamaha Thailand Racing) sementara tempat ketiga milik pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman (BikeArt Racing Kawasaki) dengan masa 31’10.691s.

“Peringkat awal perlumbaan hari ini lebih sukar berbanding semalam. Pelumba-pelumba di hadapan lebih laju dan mereka berupaya mengejar saya khususnya di beberapa pusingan awal. Pada penghujung perlumbaan, saya mula dapat menjarakkan diri dan berjaya mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” jelas West yang kini berada di tangga kelima keseluruhan dengan 99 mata.

Berbaki 50 mata kejuaraan dalam dua perlumbaan akhir pada pusingan penamat musim 2016 di Thailand, persaingan merebut gelaran keseluruhan semakin sengit diantara empat pelumba iaitu pendahulu, Tomoyoshi Koyama (T. Pro Yuzy Honda NTS With Wow) kekal di tangga teratasdengan mengumpul 150 mata, hanya tujuh mata mengatasi Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) di tangga kedua dengan 143 mata.

Rakan sepasukan Zaqhwan yang juga merupakan juara bertahan, Yuki Takahashi di tangga ketiga dengan 128 mata diikuti Azlan dengan 116 mata.

Keputusan Perlumbaan 2 Pusingan 5 ARRC India - Asia Production 250cc. Dari kiri; Sitthisak Onchawiang (THA) Honda, Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha dan Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha.
Keputusan Perlumbaan 2 Pusingan 5 ARRC India – Asia Production 250cc. Dari kiri; Sitthisak Onchawiang (THA) Honda, Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha dan Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha.

Sementara itu, dua kemenangan di India menobatkan Apiwat Wongthananon selaku juara keseluruhan Asia Production 250cc dengan mengumpul 221 mata, 70 mata mengatasi Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) yang mengumpul 151 mata dengan hanya berbaki 50 mata kejuaraan sahaja menjelang pusingan terakhir di Thailand, Disember depan.

Meskipun pada peringkat awal perlumbaan dikuasai oleh pelumba Indonesia, Galang Hendra Pratama (Yamaha Racing Indonesia), namun Apiwat berjaya mendahului kedudukan pada penghujung perlumbaan seterusnya menamatkan sembilan pusingan perlumbaan dengan masa 20’37.809s diikuti rakan senegara, Sitthisak Onchawiang (AP Honda Racing Thailand) manakala Galang sekadar di kedudukan ketiga dengan masa 20’38.364s.

Malang buat pelumba Malaysia, Ahmad Afif Amran (Hong Leong Yamaha) yang pada satu ketika bersaing merebut kedudukan podium dengan berada di kedudukan keempat apabila terjatuh pada selekoh terakhir menuju ke garisan penamat sambil Kasma Daniel Kasmayuddin muncul pelumba terbaik negara dengan menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Dua kemenangan di India meletakkan Fazli kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 110 mata.
Dua kemenangan di India meletakkan Fazli kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 110 mata.

Dalam saingan Underbone 130cc, pelumba Malaysia, Ahmad Fazli Sham meneruskan aksi cemerlang apabila berjaya meraih kemenangan berganda yang juga merupakan kemenangan ketiga dalam saingan ARRC musim 2016.

Selepas memenangi Perlumbaan 1, semalam, pelumba berpengalaman dari pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor itu sekali lagi tampil bertenaga untuk meraih kemenangan setelah menamatkan tujuh pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan, 17’17.612s, 0.121s dihadapan Wahyu Aji Trilaksana (TPK48 BKMS Indonesia) manakala tempat ketiga milik rakan sepasukan, Md Haziq Fairues dengan masa 17’17.834s.

Dua kemenangan di India meletakkan Fazli kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 110 mata, hanya tiga mata di belakang Wahyu Aji yang mengumpul 113 mata manakala Md Izzat Zaidi (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing) kekal di tangga ketiga dengan mengumpul 107 mata. Pendahulu selepas Perlumbaan 1, Md Amirul Ariff Musa jatuh ke tangga keempat dengan mengumpul 106 mata apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.
Keputusan Perlumbaan 2 Pusingan 5 ARRC – India
SuperSports 600cc
1. Anthony West (AUS) Yamaha 31’03.153s
2. Decha Kraisart (THA) Yamaha 31’06.352s
3. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 31’10.691s
4. Anucha Narkcharoensri (THA) Yamaha 31’11.718s
5. Yuki Takahashi (JPN) Honda 31’11.925s

Kedudukan Keseluruhan
1. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 150 mata
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 143 mata
3. Yuki Takahashi (JPN) Honda 128 mata
4. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 116 mata
5. Anthony Keith West (AUS) Yamaha 99 mata

Asia Production 250cc
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 20’37.809s
2. Sitthisak Onchawiang (THA) Honda 20’38.285s
3. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 20’38.364s
4. Vorapong Malahuan (THA) Yamaha 20’38.729s
5. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 20’38.870s

Kedudukan Keseluruhan
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 221 mata (JUARA KESELURUHAN)
2. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 151 mata
3. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 128 mata
4. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 118 mata
5. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 97 mata

Underbone 130cc
1. Ahmad Fazli Sham (MAS) Yamaha 17’17.612s
2. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 17’17.733s
3. Md Haziq Fairues (MAS) Yamaha 17’17.834s
4. Florianus Roy Brilya (INA) Yamaha 17’18.167s
5. Md Adib Rosley (MAS) Yamaha 17’18.585s

Kedudukan Keseluruhan
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 113 mata
2. Ahmad Fazli Sham (MAS) Yamaha 110 mata
3. Md Izzat Zaidi (MAS) Yamaha 107 mata
4. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Honda 106 mata
5. Norizman Ismail (MAS) Honda 75 mata

 

2015 Asia Road Racing Championship - logo

West ends winning drought in spectacular style

Team Akeno Speed WJR Racing had plenty to celebrate at the Buddh International Circuit when their high profile international rider Anthony West ended his ARRC winning drought in spectacular style. The Australian rider extended his domination at the Formula 1 circuit with a second convincing win in Race 2 of the SuperSports 600cc class.

Kicking off the race from pole position, West’s sole competitor in the 16-lap race was Yamaha Thailand Racing’s Decha Kraisart. The 2007 and 2010 SuperSports 600cc champion was the only one able to match West pace-for-pace for at least two thirds of the race. By Lap 13, West was able to carve out a 1-second gap ahead of the field and he rode unchallenged to his second ARRC victory with a time of 31’06.383s. Decha crossed the line 3.199s behind to take second place. Meanwhile, BikeART Kawasaki Racing’s Azlan Shah Kamaruzaman rode a defensive race to complete his comeback in third place.

“Race 2 was a whole different race. It was a lot tougher because the other teams had obviously caught up with us and improved their setup. The race was also longer today but I’m glad I was able to still hang on in the front to win,” said West.

West’s domination at the Buddh International Circuit has thrown a spoke into the wheels of the championship table. As the FIM Asia Road Racing Championship heads to its finale at the Buriram International Circuit this December, four riders are now in contention for the SuperSports 600cc title. Koyama leads the pack with 150 points while Zaqhwan Zaidi is only seven points behind in second place. Defending champion Yuki Takahashi is third with 128 points and Azlan Shah Kamaruzaman bettered his ranking to fourth overall with 116 points. Indonesian rider Dimas Ekky Pratama and Anthony West, courtesy of his double win, are tied in fifth with 99 points apiece.

In the team standings, the unexpected results from Buddh had also dashed team MUSASHi Boon Siew Honda’s hopes of winning the Team Award title with a round to spare. The Malaysian outfit still leads with 186 points but will have to be wary of team T.Pro Yuzy Honda NTS with Wow who are closing in with 150 points.

Round 5 ARRC – Race 2 Results
SuperSports 600cc
1. Anthony West (AUS) Yamaha 31’03.153s
2. Decha Kraisart (THA) Yamaha 31’06.352s
3. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 31’10.691s
4. Anucha Narkcharoensri (THA) Yamaha 31’11.718s
5. Yuki Takahashi (JPN) Honda 31’11.925s

Overall Championship Standings
1. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 150pts
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 143pts
3. Yuki Takahashi (JPN) Honda 128pts
4. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 116pts
5. Anthony Keith West (AUS) Yamaha 99pts

Asia Production 250cc
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 20’37.809s
2. Sitthisak Onchawiang (THA) Honda 20’38.285s
3. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 20’38.364s
4. Vorapong Malahuan (THA) Yamaha 20’38.729s
5. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 20’38.870s

Overall Championship Standings
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 221pts (CHAMPION)
2. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 151pts
3. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 128pts
4. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 118pts
5. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 97pts

Underbone 130cc
1. Ahmad Fazli Sham (MAS) Yamaha 17’17.612s
2. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 17’17.733s
3. Md Haziq Fairues (MAS) Yamaha 17’17.834s
4. Florianus Roy Brilya (INA) Yamaha 17’18.167s
5. Md Adib Rosley (MAS) Yamaha 17’18.585s

Overall Championship Standings
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 113pts
2. Ahmad Fazli Sham (MAS) Yamaha 110pts
3. Md Izzat Zaidi (MAS) Yamaha 107pts
4. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Honda 106pts
5. Norizman Ismail (MAS) Honda 75pts

- Advertisement -