apsf

Oleh Ku Mohd Lufti

Persekutuan Sukan Sukan Para ASEAN (APSF)tampak diselubungi ‘masalah dalaman’ apabila masih belum mencapai kata putus tentang penyenaraian jumlah sukan dan acara bagi Sukan Para Asean ke 9 tahun depan.

Naib Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Subramaniam Raman Nair dalam satu sidang media khas menjelaskan, mesyuarat exco dan lembaga pentadbir APSF yang berlangsung hari ini di ibu negara masih belum mencapai kata putus.

Mesyuarat lembaga pentadbir dipengerusikan oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, selaku pengerusi lembaga berkenaan.

“Sidang media diadalakan hari ini untuk mengesahkan dan mengumumkan jumlah sukan dan acara yang akan dipertandingkan di Sukan Para ASEAN 2017.

“Namun keputusan muktamad masih belum di capai dan dalam perbincangan, kami akan membuat keputusan ini secepat mungkin kerana mesyuarat ini adalah penting buat negara negara terlibat untuk memutuskan jumlah sukan yang akan dipertandingkan.”

Tambah Datuk Subramaniam lagi, ada beberapa rayuan dikemukan oleh wakil wakil negara termasuk Malaysia dan ia perlu dipertimbangkan oleh ahli lembaga mesyuarat.

20 jenis sukan antaranya memanah, olahraga, boccia, bolasepak dan pelayaran dihantar oleh Majlis Paralimpik kepada jawatankuasa eksekutif APSF untuk dimuktamadkan hari ini.

Daripada senarai 20 acara tersebut dua sukan, judo dan lawn ball tidak di terima kerana hanya tiga negara sahaja yang berminat.

Peraturan yang ditetapkan oleh APSF adalah sukan tersebut perlu mendapat minat minimum empat negara andai mahu dipertimbangkan ke dalam temasya Sukan Para ASEAN 2017.

- Advertisement -