Ketua Jurulatih skuad hoki kebangsaan Arul Selvaraj mahu pemain pemain senior yang sudah mempunyai caps yang tinggi ‘memimpin’ pasukan serta berkongsi idea dan pandangan bersama sama pemain lain.

Konsep yang diterapkan adalah mahu menjadikan skuad hoki negara sebagai salah sebuah keluarga yang erat dan mempunyai hubungan yang akrab.

KHM melantik Arul sebagai ketua jurulatih dengan kontrak dua tahun, selepas Roelant Oltmans meletakkan jawatannya hujung bulan lepas

Rangkuman Sidang Media Arul Selvaraj

Beliau akan memulakan tugas petang esok susulan kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Dublin, Ireland minggu lepas.

Mengenai status pemilihan pemain, ia akan dilakukan selepas tamat saingan Piala Razak yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Nasional di Bukit Jalil dari 18 hingga 26 September.

Malah, beliau yang juga bekas pemain kebangsaan turut mempunyai tempoh masa yang panjang memandangkan tiada kejohanan dalam masa terdekat.

Persekutuan Hoki Asia (AHF) memutuskan untuk menangguhkan saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) yang sepatutnya berlangsung dari 17 hingga 27 November ditunda ke tarikh baru, 11 hingga 19 Mac 2021 akibat pandemik Covid-19 dan sekatan perjalanan.

 

 

- Advertisement -