Pyatnytsya

Oleh Ku Mohd Lufti

Ketika temasya Olimpik Rio sedang rancak berjalan, isu mengenai ujian doping kembali menghantui atlet.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan, atlet Ukraine, Oleksandr Pyatnytsya disahkan gagal dalam ujian doping ketika mengambil bahagian di Sukan Olimpik London 2012.

Oleksandr ketika itu beraksi untuk acara rejam lembing dan memenangi pingat perak ketika itu.

IOC menerusi kenyataan media, mengesahkan ujian keatlet berusia 31 tahun itu didapati positif menggunakan dehydrochlormethyl testosterone,  salah satu daripada bahagian steroid.

Malah IOC mengarahkan Oleksandr untuk membatalkan kemenangan yang dimiliki serta memulangkan pingat perak yang dimenanginya.

IOC masih menyimpan sampel atlet selama 10 tahun dan menjalankan ujian berulang kali ke atas atlet yang terlibat di sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012.

Setakat ini IOC mengesahkan telahpun mengesan 98 ujian yang positif menggunakan bahan terlarang.

- Advertisement -