Bolasepak Australia, menyatakan hasrat untuk menjadi tuan rumah bagi saingan Piala Dunia 2034.

Ketua Eksekutifnya, James Johnson mengesahkan perkara tersebut menerusi laporan media tempatan.

Beliau turut menjelaskan, meskipun masih lagi jauh, namun keputusan dan perancangan perlu dibuat dari sekarang.

Malah, James turut mengeluarkan kenyataan mencadangjan negara itu boleh bersiap sedia untuk membida samada sebagai hos pada 2030 atau 2034, selepas Australia menjadi tuan rumah temasya Olimpik 2032.

Australia juga telah memenangi hak sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia Wanita 2023.

Beliau berpendapat cadangannya mungkin ‘keterlaluan’ namun tahun 2034 dilihat sebagai ideal memandangkan bidaan bagi tuan rumah pada 2030 mungkin akan diadakan di Eropah atau Amerika Selatan selepas Qatar menjadi hos pada 2022 dan edisi 2026 mungkin akan diberikan kepada zon Amerika Utara.

Keputusan untuk membida bagaimanapun masih belum muktamad dan perbincangan diadakan secara tertutup selepas kecewa gagal untuk menjadi tuan rumah pada 2022 dengan hanya satu undian yang menyatakan sokongan diterima.

Beliau juga berpendapat, negara negara di benua Asia atau Ocenia perlu menjalinkan kerjasama jika mahu menjadi tuan rumah kerana James melihat ia merupakan cara yang dimahukan Presiden FIFA, Gianni Infantino yang lebih berminat untuk melihat penganjuran diadakan dibeberapa buah negara berbanding di sebuah negara sahaja.

 

- Advertisement -