Hari kedua kejohanan badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memperlihatkan penguasaan perseorangan lelaki, Cheam June Wei yang mengekalkan memastikan rekod kemenangan 100 peratus selepas tiga perlawanan sekaligus memimpin carta.
Aksi disebelah pagi, June Wei melakar kemenangan straight set 21-18 , 21-11 ke atas pemain profesional, Liew Darren
“Saya tidak boleh kata perlawanan mudah kerana dia berjaya mengikat kedudukan 17 sama di set pertama.
“Tetapi saya nampak dia semakin penat dan ia menjadi peluang untuk saya mencipta kemenangan dan matlamat saya di pertandingan ini adalah untuk memburu slot ke Piala Thomas,”kata June Wei.
Cheam June Wei akan menentang Leong Jun Hao pada perlawanan sesi petang jam 4.00 petang ini.
Mengekori rapat juara Divisyen 2, Leong Jun Hao yang dipaksa bertarung tiga set sebelum menundukkan Aidil Soleh Ali Sadikin 7-21, 21-17, 21-16.
Jun Hao kini menghuni tangga ketiga, berkongsi dua mata dengan Lee Zii Jia selepas tamat saingan disebelah pagi.
Perseorangan wanita menyaksikan penguasaan Sonia Cheah yang terus mengungguli carta dengan dua kemenangan diraih setakat ini.
Beliau bagaimanapun tidak diberi laluan mudah apabila tewas di set pertama sebelum bangkit dengan kemenangan 19-21, 21-10, 21-17 ke atas Eoon Xi Xuan.
“Cara permainan saya agak berbeza kerana jurulatih mengubah corak permainan saya dan masih memerlukan masa untuk menyesuaiakan diri.”kata Sonia.
Satu lagi aksi perseorangan wanita, menyaksikan Lee Ying Ying melakar kemenangan ke atas K Letshanaa 17-21, 21-16, 21-10.
Keputusan perlawanan – Sesi pagi
Perseorangan lelaki
Cheam June Wei – Liew Daren (21-18, 21-11)
Leong Jun Hao – Aidil Soleh Ali Sadikin (7-21, 21-17, 21-16)
Ng Tze Yong – Lim Chong King (21-14, 21-17)
Perseorangan wanita
Sonia Cheah – Eoon Qi Xuan (19-21, 21-10, 21-17)
Lee Ying Ying – K Letshanaa (17-21, 21-16, 21-10)
Bergu lelaki – Kumpulan A
Aaron Chia/Soh Wooi Yik – Ching Kai Feng/Lwi Sheng Hao (21-9, 21-16.)
Ong Yew Sin/Teo Ee Yi – Ooi Jhy Dar/Yap Roy King (21-18, 21-15)
Bergu lelaki – Kumpulan B
Goh V Shem/Tan Wee Kiong – Low Hang Yee/Ng Eng Cheong (21-18, 16-21, 21-17)
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani – Chen Tang Jie/Nurfirdaus Azman (21-14, 21-17)
Bergu wanita
Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean – Pearly Tan Koong Le/M Thinaah (21-10, 19-21, 21-14
Anna Cheong Ching Yik/Toh Ee Wei – Teoh Mei Xing/Yap Ling – (17-21, 21-15, 21-15)