Melaka-UnitedOleh Ku Mohd Lufti

Pendahulu Liga Premier, Melaka United mungkin mengambil keputusan untuk melepaskan dua pemain import dan digantikan dengan baru bagi mengharungi baki saingan Liga Premier dan Piala Malaysia musim ini.

Presiden MUSA, Datuk Seri  Idris Haron menjelaskan, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris memerlukan rombakan di posisi serangan dan pertahanan.

Dua pemain ini akan diuji menerusi sesi latihan serta beberapa aksi persahabatan dalam waktu terdekat. Selepas

Keputusan lanjut samada mengambil Alex dan Yashir atau sebaliknya akan diputuskan oleh MUSA selepas menilai aspek kecergasan dan kemahiran.

“Kita terpaksa melepaskan Balsa Bozovic dan Shin Jae Pil kerana kita memerlukan tenaga baru iaitu Alex (Alexandru Tudose) dan Yashir Pinto. Mungkin Yashir boleh membantu Ilija Spasojevic  di bahagian serangan manakala Alex akan beraksi di posisi pertahanan,” kata Idris.

Selepas separuh musim, Melaka United mengumpul 27 mata selepas mengharungi 12 perlawanan, manakala dalam saingan Piala Malaysia, M.U diundi bersama sama Felda United, Terengganu dan Negeri Sembilan dalam kumpulan D.

- Advertisement -