Badminton Association of Malaysia (BAM) - 210x230Penaja rasmi bagi kejohanan Badminton Super Series Dunia Terbuka Malaysia dijangka akan diumumkan pada penghujung Mac ini.

Persatuan Badminton Malaysia BAM masih lagi mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak sebelum ia dimuktamadkan sekaligus diumumkan secara rasmi.
Setiausaha BAM, Ng Chin Chai yang mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa penganjur Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Subang Jaya.
10 pemain terbaik dunia sah mengambil bahagian termasuk dua seteru utama Datuk Lee Chong Wei dari China, pemain nombor satu dunia, Chen long dan Lin Dan yang menduduki tangga ke lima dunia.
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia akan berlangsung dari 5 hingga 10 April di Stadium Melawati, Shah Alam.
venue sebelum ini, Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil tidak dapat digunakan kerana sedang dinaik taraf untuk digunakan bagi temasya Sukan SEA 2017.
Bayaran tiket hanya akan dikenakan bermula 6 April dengan harga RM 39, sementara harga bagi tiket perlawanan separuh akhir adalah RM 59 manakala tiket perlawanan akhir adalah RM 69.
- Advertisement -