tengku.abdullah

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak malaysia, FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin akan menghadap kebawah Duli Tuanku Presiden FAM, Tengku ABdullah Sultan Ahmad Shah pada Khamis (3 Mac) untuk menyampaikan keputusan jawatan kuasa eksekutif yang menolak hasrat baginda untuk meletakkan jawatannya.

“Keputusan sebulat suara itu telah dicapai ahli ahli jawatankuasa eksekutif yang bermesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2014 – 2018 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin (29 Februari) lalu. Kepimpinan Tengku Abdullah masih diperlukan  untuk memimpin badan induk bolasepak negara selepas baginda dipilih oleh ahli gabungan pada pemilihan yang berlangsung pada Mei 2014,” kata Datuk Hamidin.

Malah, tambahnya lagi, hasrat ahli ahli Jawatankuasa Eksekutif akan diperjelaskan secara terperinci serta alasan kukuh yang memerlukan Tengku Abdullah terus kekal sebagai Presiden FAM.
Tengku Abdullah meluahkan hasratnya untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden FAM selepas kegagalan skuad bolasepak Kebangsaan meraih mata, malah dimalukan Emiriyah Arab Bersatu , UAE 10-0 pada saingan kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 di Abu Dhabi September tahun lalu.
- Advertisement -