Badminton Association of Malaysia (BAM) - 210x230Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Badminton Malaysia, BAM akan mengumumkan penaja baru bagi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia pada 28 Mac.

Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew berkata penaja kali ini memandang serius untuk membangunkan sukan badminton di Malaysia.

“Penaja mahu buktikan mereka adalah penaja yang lebih baik daripada Maybank. Apa yang akan mereka lakukan adalah memberi tumpuan terhadap sukan badminton. Selepas itu baru mereka akan mengadakan perbincangan lanjut untuk bekerjasama dengan kami (BAM),” kata Lawrence Chew.

Penaja baru bagi Terbuka Malaysia sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam sukan badminton dan pernah menjadi penaja bagi kejohanan badminton bertaraf antarabangsa.

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia akan memulakan saingan dari 5 hingga 10 April 2016 di Stadium Melawati, Shah Alam.

Kejohanan akan menampilkan 10 pemain terbaik dunia antaranya, Chen Long, Lin Dan dan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong wei.

BAM juga akan memastikan penonton yang hadir untuk menyaksikan kejohanan ini tidak pulang hampa.

Proses menaiktaraf kemudahan khususnya tempat duduk sedang dilaksanakan untuk memberi peluang kepada penonton merasai pengalaman berharga, melihat jaguh jaguh dunia beraksi di gelanggang.

Malah, BAM akan memberi jaminan kepada pemain pemain yang akan beraksi kelak, layanan yang terbaik untuk memberi keselesaan sekaligus mampu turun ke gelanggang tanpa sebarang masalah.

- Advertisement -