media.bus.rio

Oleh Ku Mohd Lufti

Sebuah bas yang membawa sekumpulan petugas media di Rio ditembak di sebuah lebuhraya semalam.

Menurut saksi kejadian, tiada kecederaan serius berlaku melibatkan pemandu dan petugas media.

Bas tersebut dikatakan dalam perjalanan dari venue bagi acara bola keranjang menuju ke Olympic Park dan salah seorang penumpang terdengar bunyi dua das tembakan ke arah tingkap.

Insiden tersebut mengakibatkan serpihan kaca tingkap mengena dua orang petugas media yang kemudiannya diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Pihak polis Brazil bagaimanapun enggan memberi komen berhubung kes tersebut.

Insiden keganasan mula menghantui pegawai, petugas dan atlet yang terlibat sepanjang Olimpik Rio sejak sabtu lalu apabila tembakan dilepaskan di pusat Ekuestrian.

Peluru tersebut hampir mengenai seorang petugas media dan siasatan awal mendapati penembak tersebut merupakan ahli kongsi gelap tempatan dan mensasarkan kepada polis ataupun dron.

- Advertisement -