Pemain bergu lelaki Denmark, Mads Conrad-Petersen mengumumkan persaraannya daripada arena badminton dan memberi fokus kepada karier baru sebagai ejen hartanah.

Pemain berusia 32 tahun itu melihat sudah masa untuknya melepaskan tanggungjawab sebagai pemain badminton selepas ‘mengisi’ masa lapang ketika pandemik coronavirus menyaksikan kesemua kejohanan badminton dalam dan luar negara ditunda.

Petersen dijangka mengumumkan persaraannya selepas tamat saingan Piala Thomas yang sepatutnya dilangsungkan pada bulan Mei di Aarhus, Denmark namun ditunda ke 3-11 Oktober depan susulan Covid 19.

Bagi Petersen yang bergandingan dengan Mathias Boe, beliau tidak dapat memberi bayangan situasi yang akan berlaku pada Oktober depan susulan pandemik Covid 19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini.

Justeru, beliau memutuskan untuk mencari hala tuju yang baru dan memilih ejen hartanah sebagai karier barunya.

Ranking ke 20 dunia adalah kedudukan semasa Mads Çonrad-Peterdan bersama sama Mathias Boe dan beliau mengharapkan Boe untuk menilai semula kemampuan dan situasi semasa sebelum membuat sebarang keputusan

 

 

- Advertisement -