chong.wei.90

Oleh Ku Mohd Lufti

Giliran bergu lelaki negara Goh V Shem – Tan Wee Kiong tersingkir dari saingan kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun selepas ISkandar Zulkarnain Zainuddin tewas di pusingan pertama.

V Shem dan Wee Kiong yang juga pemenang pingat perak sukan Olimpik Rio 2016 tumpas straight set di pusingan kedua kepada pasangan China, Huang Kaixiang – Wang Yilyu 21-23, 12-21 dalam masa 36 minit.

Dalam pada itu, tiga lagi wakil negara termasuk jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain China, Qiao Bin dan hanya memerlukan 39 minit untuk melakar kemenangan straight set 21-8, 21-16.

Pemain nombor satu dunia ini akan berdepan seorang lagi wakil China yang melepasi pusingan kelayakan, Shi Yuqi di peringkat suku akhir esok.

Bergu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun – Woon Khe Wei yang diletak selaku pilihan kelapan dipaksa bekerja keras sehingga tiga set sebelum mengesahkan slot ke suku akhir.

Vivian dan Khe Wei bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk melakar kemenangan ke atas pasangan Jepun, Miki Kashihara – Miyuki Kato 19-21, 21-16, 21-17 dalam pertarungan yang berlanjutan hampir sejam.

Bergu wanita negara akan berdepan pilihan kedua dari Denmark, Christinna Pedersen – Kamilla Rytther Juhl untuk menempah slot separuh akhir.

Mengekori jejak Vivian dan Khe Wei adalah pasangan bergu campuran negara, Chan Pang Soon – Goh Liu Ying.

Turun selaku pilihan kelima, Peng Soon dan Liu Ying menepati ramalan apabila menundukkan gandingan dari Belanda, Jacco Arends – Selena Piek straight set 21-13, 21-19.

Bergu campuran negara akan turun di peringkat suku akhir esok, berdepan wakil Korea Selatan, Kim Gi Jung – Shin Seung Chan.

- Advertisement -