frank.bernhardt

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas hampir empat bulan mengendalikan skuad Bawah 22 tahun negara, Frank Bernhadrt bakal diuji buat pertama kali dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang skuad B22 Filipina malam esok.

Pengendali kelahiran Jerman itu menyifatkan perlawanan tersebut adalah penting dalam menilai pemain pemain terhadap arahan dan perancangan yang telah diberikan sepanjang sesi latihan.

Malah, Bernhardt tidak menjanjikan kemenangan, sebaliknya mengharapkan prestasi yang terbaik dipamerkan anak didiknya.

“Apa yang penting adalah pemain pemain menunjukkan hasil latihan, dan perbincangan yang telah dilalui sepanjang perlawanan nanti. Saya mahu pemain pemain memberikan segalanya dan menjadikan perlawananan pertama ini menarik untuk disaksikan,” kata Bernhardt.

Meskipun hanya menjalani latihan dengan skuad yang lengkap selama dua hari , Bernhadrt tidak melihat situasi itu sebagai merisaukan berbanding Filipina yang telah pun mengharungi lima perlawanan persahabatan sebelum bertandang ke Malaysia.

“Kami bermula dengan beberapa masalah yang timbui, kesemua pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat hanya berkumpul dua hari lalu. Tetapi pemain pemain menunjukkan prestasi yang baik ketika sesi latihan,” kata Bernhartd.

Malah, Bernhadrt gembira tiada kecederaan serius melanda kem negara sekaligus memberi ruang selesa kepadanya untuk menyusun kesebelasan utama ketika berdepan Filipina nanti.

Skuad B22 negara akan mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa minggu ini, bermula dengan menentang pasukan Filipinan B22 pada 23 Mac diikuti berdepan pasukan senior Nepal pada 27 Mac.

- Advertisement -