Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan penganjur bagi kejohanan Piala Thomas dan Uber 2020, persatuan badminton dan kerajaan Denmark bakal mengadakan pertemuan berhubung status penganjuran Piala Thomas dan Uber 2020.

Susulan pandemik Covid 19, Denmark mengenakan sekatan untuk perhimpunan besar sehingga penghujung bukan Ogos.

BWF sedang menanti penjelasan daripada pihak berkuasa Denmark berhubung sekatan itu memandangkan tarikh piala Thomas dan Uber dijadual berlangsung dari 15-23 Ogos.

Sehubungan dengan itu, BWF tetap akan memastikan, keselamatan dan kesejahteraan semua yang terlibat samada pemain dan pegawai, pegawai pertandingan dan komuniti badminton sebagai perkara utama.

BWF dan Persatuan Badminton Denmark akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Denmark serta penganjur kejohanan, Sport Even Denmark untuk mencari solusi yang terbaik dan akan mengeluarkan kenyataan kelak.

 

- Advertisement -