Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan tarikh akhir bagi atlet atau pasukan kebangsaan untuk memburu baki slot ke Sukan Olimpi Tokyo 2020 adalah pada 29 Jun 2021.

Jawatankuasa Khas ‘Here We Go’ yang dibentuk selepas pengumuman penundaan Temasya Olimpik Tokyo pada penghujung Mac lalu telah mengenal pasti persoalan persoalan yang timbul berhubung kesan terhadap penundaan temasya terbesar dunia itu.

Perbincangan bersama Jawatankuasa Kelayakan IOC telah diadakan dan telah memutuskan beberapa perkara berhubung Sistem Prinsip Kelayakan bagi Tokyo 2020 sekaligus menggantikan versiyang telah dipersetujui oleh Ehali Lembaga Eksekutif IOC pada Julai 2017.

Sistem Prinsip Kelayakan merupakan peraturan, prosedur dan kriteria bagi kelayakan yang diberikan oleh bdan induk sukan antarabangsa.

Dengan tarikh tutup yang telah diumumkan, IOC berharap kesemua badan sukan antarabangsa dapat menyusun atur semula mana mana kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Tokyo 2020.

Sementara tarikh akhir bagi pendaftaran mengikut sukan telah ditetapkan pada 5 Julai 2021.

Kira kira 5 000 slot masih kosong buat para atlet untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Daripada jumlah ini, sebahagian atlet yang akan ke Sukan Olimpik akan diputuskan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan (NOC) negara masing masing. Justeru IOC mengharapkan pemilihan yang dibuat adalah yang terbaik.

Berhubung sistem kelayakan berdasarkan ranking, IOC berharap badan induk sukan antarabangsa mempunyai toleransi dalam memperkenalkan tempoh bagi kelayalan ke Tokyo 2020.

Begitu juga dengan sistem had umur yang turut dijadikan persoalan ramai pihak dan IOC mengharapkan akan ada jalan penyelesaian melibatkan pihak pihak yang terlibat.

 

 

- Advertisement -