Mark Cavendish (Deceuninck-QuickStep) melonjak melintasi garisan Fourgères untuk meraih kemenangan di Peringkat 4 Tour de France 2021 dan sekaligus mengambil kemenangan TDF ke-31 dalam kariernya.
Ini adalah kemenangan Peringkat TDF pertamanya dalam lima tahun.
Pelumba 36 tahun itu merapati roda Jasper Philipsen (Alpecin-Fenix) dan kemudian melewatinya di dalam 50 meter terakhir untuk menuntut kemenangan.
Nacer Bouhanni (Arkéa-Samsic) melepasi Philipsen untuk tempat kedua.
Mengikuti Philipsen di tempat ketiga adalah tiga pemecut – Michael Matthews (Team BikeExchange), Peter Sagan (Bora-Hansgrohe), dan Cees Bol (Team DSM).
Keunggulan perlumbaan keseluruhan kekal dengan Mathieu van der Poel (Alpecin-Fenix), sementara Cavendish mengatasi Alaphilippe untuk menduduki tempat pertama dalam klasifikasi mata.
Peringkat 4 Tour de France adalah pelumbaan landai sepanjang 150.4km dari Redon ke Fougères yang tidak hanya memberi peluang kepada pemecut, tetapi juga solidaritas peloton dalam keselamatan penunggang, setelah tahap 3 dipenuhi dengan kemalangan.
Selepas permulaan di Redon, peloton berhenti tidak lama setelah tanda kilometer-sifar selama satu minit penuh, sebagai protes untuk meningkatkan keselamatan penunggang, dan kemudian menunggang dengan mudah tanpa serangan awal.
Kira-kira 12km kemudian, Brent Van Moer (Lotto Soudal) adalah pelumba pertama yang menyerang, disertai oleh Pierre-Luc Périchon (Cofidis) dan perlumbaan semangkin rancak.
Groupama-FDJ, Deceuninck-QuickStep dan Alpecin-Fenix memimpin perbezaan masa 2:25 dengan jarak 100km untuk melintasi Brittany untuk hari keempat dan terakhir pada TDF tahun ini.
Dengan jarak 20km lagi, desakan dari peloton dapat dilihat dan jurang kedua pemimpin dikurangkan ke bawah satu minit.
Enam kilometer kemudian, Van Moer menyerang secara solo tetapi dihentikan oleh pemecut dengan jarak 200 meter. – Oleh Akira Wong