Zulfadli Zulkifli made shortwork of Lee Zii Jia 11-3, 11-5, 11-8 in the first men’s singles in only 18 minutes.
Cheras bermula dengan langkah kanan apabila bekas juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli menang 3-0 ke atas Lee Zii Jia.

 

Resorts World Genting Champions Challenge - Logo 240x276Kelab Badminton Cheras mara ke penentuan tempat kelima Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting 2015 setelah menewaskan Kelab Badminton Serdang dalam aksi dramatik yang mana pemenang terpaksa ditentukan menerusi jumlah kutipan mata set keseluruhan.

Kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan 9-9, tetapi Cheras perlu berterima kasih kepada pemain perseorangan lelaki Muhamad Arif Latiff yang muncul wira apabila mencatat kemenangan 3-0 (11-6, 11-10, 11-6) ke atas Xie Binyu dan membantu Cheras bangkit dari ketinggalan 6-9 untuk mara ke klasifikasi tempat kelima dengan beza mata 162-160.  

Ironinya, keputusan perlawanan mungkin berbeza dan memihak kepada Serdang sekiranya mereka berjaya mengutip satu mata menerusi Binyu – Binyu begitu hampir untuk menghadiahkan kemenangan buat Serdang apabila mendahului 10-7 di set kedua namun gagal mencari satu mata ‘hantu’ untuk menamatkan perlawanan.

“Memang saya sendiri begitu gementar ketika set kedua terutamanya, yang mana Binyu memegang mata penamat tiga kali. Saya cuma fikir menang atau kalah berikan yang terbaik dan berjaya kejar balik untuk menang set kedua.

“Pada set ketiga, saya tahu saya tidak boleh lepaskan mata lebih dari tujuh dan ia betul-betul satu situasi yang mendebarkan kerana saya hampir hilang fokus di set ketiga,” jelas Ariff.

20160114 - Resorts World Genting Champions Challenge - Serdang BC-Xu Wei-001
Xu Wei yang berasal dari China turut membantu pasukan Serdang BC untuk memberi saingan dalam kategori perseorangan wanita.

Cheras bermula dengan langkah kanan apabila bekas juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli menang 3-0 ke atas Lee Zii Jia namun mereka gagal mengekalkan momentum itu apabila pemain perseorangan wanita, Febby Anguni membenarkan Serdang mengikat kedudukan 3-3 setelah tewas kepada Hashizume Arisa.

Serdang yang tewas 4-15 kepada Cheras dalam aksi Purple League pada Disember lalu, ternyata sebuah pasukan yang berbeza kali ini dan mereka mengambil giliran untuk mendahului perlawanan menerusi kemenangan 3-2 yang dicatat oleh pasangan Pei Tianyi/Wu QianQian dalam acara beregu campuran.

Ooi Zi Heng/Soh Wooi Yik kemudiannya mengukuhkan cengkaman Serdang setelah menang 3-1 dalam acara beregu lelaki namun ianya tidak memadai untuk Serdang mencipta kejutan ke atas Cheras.

Ooi Zi Heng/Soh Wooi Yik kemudiannya mengukuhkan cengkaman Serdang setelah menang 3-1 dalam acara beregu lelaki
Ooi Zi Heng/Soh Wooi Yik kemudiannya mengukuhkan cengkaman Serdang setelah menang 3-1 dalam acara beregu lelaki.

Pengurus pasukan Cheras, Raezal Hussein berkata ia adalah perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan menunjukkan kualiti permainan yang cukup hebat sambil mengakui keputusan perlawanan mungkin boleh berkesudahan sebaliknya.  

“Agak berdebar juga untuk tengok kesudahan perlawanan ini, ini kali pertama kita menang menerusi kiraan mata set keseluruhan, dan bezanya hanya dua. Kredit kepada Arif kerana dia sebenarnya tidak boleh berada dalam tekanan, bila dia tertekan dia akan hilang fokus.

“Saya khuatir juga sebab pada set kedua ia seperti sudah berakhir, tetapi Arif buktikan pada kita. Dia sememangnya mahu menebus kegagalan ketika perlawanan suku akhir tempoh hari dan dia benar-benar lakukannya,” ujar Raezal.     

Pada perlawanan klasifikasi tempat kelima yang akan berlangsung pada (esok) Jumaat, Cheras akan menentang pemenang di antara Kelab Badminton Petaling dan Kelab Badminton Petaling Jaya. 

- Advertisement -