Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei nyata gembira dengan kehadiran Datuk Misbun Sidek ke dalam keluarga persatuan Badminton Malaysia (BAM) awal Julai depan.

Bagi Chong Wei, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana beliau sudah sedia maklum dengan corak latihan yang digunakan oleh Datuk Misbun.

Beliau mengakui pemain pemain pelapis khususnya dalam acara perseorangan lelaki masih belum mencapai tahap yang minimum.

“Semua tahu dia (Datuk Misbun) akan bertugas bermula 1 Julai dan pemain pemain lain akan tahu siapa dia.

“Pemain semua hanya Nampak saya senang dan menang dalam pertandingan , masa saya susah tiada yang nampak.

“Nasihat saya semua kene sedia kerana  Datuk Misbun akan balik,”kata Chong Wei.

Misbun membuka sejarah baru dalam sukan badminton apabila menjadi individu penting buat Lee Chong Wei yang Berjaya meraih pingat perak di Sukan Olimpik pada 2008 di Beijing.

Namun pada 2011, jodoh Datuk Misbun dengan BAM tidak berpanjangan apabila wujud masalah dalaman sehingga  memaksanya untuk meninggalkan BAM selepas memulakan kariernya di persatuan itu pada 2002.

“Saya tahu kenapa dia (Datuk Misbun) tidak mahu pulang ke BAM. Mungkin ada orang cabar dia tetapi saya harap coach akan lupakan apa yang yang telah berlaku.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk bawa dia kembali ke BAM kerana diantara kami ibarata ayah dan anak,”katanya lagi.

Pada Khamis, BAM memutuskan untuk mengubah struktur kejurulatihan dengam membawa masuk bekas bekas pemain termasuklah Datuk Misbu Sidek.

Menerusi penstrukturan baharu yang diperkenalkan, Tey Seu Bock yang merupakan jurulatih perseorangan negara  diberi tanggungjawab selaku ketua jurulatih perseorangan wanita yang akan dibantu Rony Agustinus manakala Cheah Soon Kit akan mengetuai beregu lelaki dan akan dibantu Jeremy Gan dan Rosman Razak.

Wong Pei Tty diberi kepercayaan untuk mengetuai perseorangan wanita dengan bantuan Lim Pek Siah dan Hoom Thien How manakala beregu campuran akan diketuai Chin Ee Hui dan akan dibantu Pang Cheh Chang serta Teo Kok Siang.

Datuk Misbun akan bertindak sebagai ketua jurulatih bagi perseorangan lelaki dan bergandingan dengan Hendrawan dan Indrawijaya dan Sairul Amar Ayub.

Tambah Chong Wei bukan mudah untuk menghasilkan pemain perseorangan yang berkualiti, justeru, beliau mahu jurulatih ini diberi ruang untuk melakukannya. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -