Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei kembali semula ke Akademi Badminton Malaysia untuk menjalani latihan ringan pada Jumaat selepas berehat panjang susulan rawatan kanser hidung.

Kehadiran Chong Wei ke ABM adalah yang pertama selepas berehat kira kira enam bulan sejak Julai lalu.

Meskipun dikatakan bakal memulakan sesi latihan pada Isnin, namun Chong Wei tampak lebih bersemangat untuk kembali ke gelanggang sambil diselia dua jurulatih, Hendrawan dan Datuk Tey Seu Bock.

Kali terakhir Chong Wei beraksi adalah di Kejohanan Terbuka Indonesia dimana pemain berusia 36 tahun ini   tewas di separuh akhir kepada Kento Momota. 

Beliau kemudiannya ‘menghilangkan diri’ selepas  menarik diri daripada dua kejohanan besar tahun lalu iaitu Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia Indonesia kerana disahkan menghidap kanser hidung tahap satu dan menjalani rawatan di Taiwan selama empat bulan. 

- Advertisement -