Masa depan Ketua Jurulatih Perak FC Chong Yee Fatt akan ditentukan dimana beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan pasukan untuk memutuskan haka tujunya bersama The Bos Gaurus.

Laporan media tempatan, kontrak Yee Fatt masih berbaki sehingga November tahun depan. Beliau direhatkan selepas prestasi hambar Perak FC dalam saingan Liga Super dan tugasnya diambil alih  Mohd Shahril Nizam Khalil.

Jelas Yee Fatt lagi, beliau mahu berbincang secara terus dengan Pengurus Besar, Azman Noh tentang masa depannya dengan Perak FC.

Perak FC masih gagal meraih sebarang kemenangan dan kini menghuni tangga kedua tercorot Liga Super selepas mengharungi 18 perlawanan.

Beliau menerima keputusan pengurusan yang merehatkannya dan memohon maaf kerana gagal membawa pasukan seperti yang diharapkan.

Drama kepincangan Perak FC bermula selepas pengendali terdahulu, Mehmet Durakovic memutuskan untuk meninggalkan pasukan.

Isu dalaman semakin parah apabila masalah tunggakan gaji melanda sehingga pemain pemain memutuskan untuk memboikot sesi latihan.

Suasana kem Perak FC tampak semakin sepi apabila beberapa tonggak utama memutuskan untuk berhijrah selepas kecewa dengan pengurusan dan isu yang masih belum menampakkan sebarang jalan penyelesaian.

 

- Advertisement -